Sumbangan Abd Aziz bin Abd Salam dalam pengajian tafsir : tumpuan terhadap al-Bayan pada ta'wil ayat-ayat al-Qur'an / Mohd Fazali bin Abdul Manas

Abdul Manas, Mohd Fazali (2011) Sumbangan Abd Aziz bin Abd Salam dalam pengajian tafsir : tumpuan terhadap al-Bayan pada ta'wil ayat-ayat al-Qur'an / Mohd Fazali bin Abdul Manas. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (86Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (1039Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (63Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (89Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (2275Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (3536Kb) | Preview

              Abstract

              Kajian ini bertajuk “Sumbangan Abd Aziz bin Abd Salam Dalam Pengajian Tafsir: Tumpuan Terhadap al-Bayan Pada Ta’wil Ayat-Ayat al-Qur’an”. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan Syaykh Abd Aziz bin Abd Salam dan sumbangannya kepada pengajian tafsir melalui karya al-Bayan Pada Ta’wil Ayat-Ayat al-Qur’an sama ada dari sudut metodologi penulisan dan pentafsiran atau pemikiran. Aspek-aspek yang menonjol dalam karya ini ialah terjemahan harfiyah, penekanan kepada kepentingan sanad, dan sebagainya. Selain itu, kajian ini bermatlamat menyoroti perkembangan pengajian tafsir al-Qur’an di Negeri Perak. Bagi mencapai objektif tersebut pengkaji telah menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Menerusi kajian perpustakaan pengkaji telah mendapat maklumat pensejarahan pengajian tafsir di Negeri Perak dan maklumat yang berkaitan dengan karya. Manakala kajian lapangan pengkaji menggunakan metode temu bual untuk mendapat maklumat biodata tokoh dan lain-lain. Data-data yang terkumpul dianalisis menggunakan metode kualitatif. Hasil kajian ini mendapati bahawa pengajian tafsir di Negeri Perak berkembang dengan baik seiring dengan tuntutan zaman. Manakala tokoh yang dikaji telah berupaya memberi sumbangan yang bermanfaat kepada pengajian tafsir di Negeri Perak melalui karya al-Bayan Pada Ta’wil Ayat-Ayat al-Qur’an.

              Item Type: Thesis (Masters)
              Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
              Uncontrolled Keywords: al-Qur'an--Study and teaching; al-Qur'an--Hermeneutics; al-Qur'an--Criticism, interpretation, etc.
              Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
              Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
              Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
              Date Deposited: 26 Jun 2015 13:15
              Last Modified: 26 Jun 2015 13:15
              URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5304

              Actions (For repository staff only : Login required)

              View Item