Konsep sejarah menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas : kajian terhadap karya-karya terpilih / Siti Nor Aisyah binti Ngadiran

Ngadiran, Siti Nor Aisyah (2012) Konsep sejarah menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas : kajian terhadap karya-karya terpilih / Siti Nor Aisyah binti Ngadiran. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (22Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (242Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (1763Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (291Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (533Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (562Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (511Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (684Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (180Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (238Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (113Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (107Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF
                          Download (105Kb) | Preview
                            [img]
                            Preview
                            PDF
                            Download (624Kb) | Preview

                              Abstract

                              Kajian ini dilakukan bagi menganalisis dengan lebih mendalam dan menyeluruh mengenai konsep sejarah daripada pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas. Kajian ini telah dikhususkan kepada karya-karya terpilih beliau yang melibatkan sebanyak 15 buah karya secara keseluruhan. Fokus utama kajian ini iaitu konsep sejarah adalah merupakan suatu kajian pemikiran atau kerangka falsafah al-Attas mengenai pandangan beliau tentang sejarah. Oleh itu, ia mestilah merangkumi subjek-subjek tertentu yang membentuk kerangka pemikiran tersebut seperti definisi, objektif, sumber, prinsip, dan metodologi tertentu yang digunakan oleh al-Attas dalam kajian serta penulisan sejarahnya. Manakala al-Attas pula dipilih sebagai subjek kajian berdasarkan keautoritian beliau dalam bidang falsafah dan sumbangan beliau dalam bidang kajian sejarah Islam di alam Melayu. Ini kerana kedua-dua bidang iaitu falsafah dan sejarah itu adalah saling berkaitan dan kedua-duanya diperlukan bagi kajian mengenai konsep sejarah ini. Selain itu, kajian ini yang juga merupakan kajian kualitatif telah menggunakan metode-metode tertentu iaitu metode perpustakaan dan temubual. Maka berdasarkan hasil dapatan kajian, telah membuktikan betapa besar sumbangan beliau dalam bidang kajian sejarah Islam di alam Melayu termasuklah dalam mengemukakan teori-teori dan kaedah-kaedah tertentu sehingga mencetuskan pelbagai perbincangan di kalangan sarjana luar dan juga tempatan. Begitu juga dengan idea perubahan pemikiran yang dicetuskan beliau iaitu daripada pandangan alam (worldview) Barat kepada pandangan alam Islam (Islamisasi). Ini kerana falsafah atau pemikiran seseorang yang berasaskan kepada pandangan alam (worldview) itulah yang merupakan penentu bagi hasil dapatan kajian seseorang. Maka berdasarkan kritikan-kritikan beliau khususnya terhadap kaedah kajian sejarah orientalis telah membawa beliau kepada kaedah kajian berteraskan konsep sejarah Islam yang sebenar sebagaimana yang pernah diasaskan oleh para tokoh sejarah Islam terdahulu seperti Ibn Khaldun, al-Tabari, al-Mas’udi dan lain-lain.

                              Item Type: Thesis (Masters)
                              Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
                              Uncontrolled Keywords: Al-Attas, Muhammad Naquib, Syed,1931-; Islam--History
                              Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                              D History General and Old World > D History (General)
                              Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic History & Civilization
                              Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                              Date Deposited: 30 Jul 2015 10:40
                              Last Modified: 30 Jul 2015 10:40
                              URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5309

                              Actions (For repository staff only : Login required)

                              View Item