Md Ariffin, Mohd Farhan (2015) Analisis hadith mengenai haiwan fasiq dalam al-Kutub al-Sittah : kajian terhadap persepsi masyarakat Melayu di Daerah Pengkalan Hulu, Perak / Mohd Farhan bin Md Ariffin. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Perbincangan tentang ancaman haiwan terhadap manusia dapat dirujuk kepada panduan wahyu dalam menjelaskannya secara realistik bagi kefahaman umat Islam. Pemahaman yang betul dan jelas secara mendalam amat penting bagi menjana interaksi lebih harmoni sesama makhluk dan mengekalkan keseimbangan ekosistem. Kajian ini memfokuskan analisis terhadap 30 hadith mengenai haiwan fasiq (haiwan perosak) dalam al-Kutub al-Sittah. Melalui metode analisis induktif, deduktif dan kualitatif, kajian ini memfokuskan perbincangan terhadap pelbagai aspek yang berkaitan dengan haiwan fasiq. Antaranya faktor dan sifat-sifat utama haiwan fasiq sehingga Nabi SAW menghalalkannya dibunuh, penjelasan tentang hubungan rapat antara haiwan fasiq dan haiwan perosak, aspek kawalan haiwan perosak serta teknik kawalan menurut sunnah. Justeru itu, kajian ini turut mengedarkan borang kaji selidik terhadap 400 orang responden bagi menilai persepsi, kefahaman dan pendekatan interaksi masyarakat terhadap haiwan fasiq (haiwan perosak) khususnya dalam kalangan responden di daerah Pengkalan Hulu, Perak. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tujuh jenis haiwan fasiq (haiwan perosak) yang dibenarkan untuk dibunuh daripada perbincangan terhadap 30 hadith tersebut. Haiwan-haiwan tersebut adalah tikus, kala jengking, helang, gagak, ular, anjing dan cicak yang memiliki kategori khusus bagi setiap haiwan perosak. Terdapat penjelasan yang khusus dalam sunnah Nabi SAW berhubung dengan cara interaksi dengan haiwan-haiwan tersebut. Keseluruhannya persepsi dan kefahaman masyarakat khususnya di Pengkalan Hulu, Perak adalah berada pada tahap sederhana. Kefahaman responden berkaitan konsep dan skop hubungan haiwan fasiq dan haiwan perosak dilihat amat berbeza dengan pandangan para ulama berbanding pengamalan yang dilihat lebih baik.
Actions (For repository staff only : Login required)