Konsep zindiq : kajian dari perspektif pemikiran Islam / Zakiah binti Ab.llah

Ab.llah, Zakiah (2009) Konsep zindiq : kajian dari perspektif pemikiran Islam / Zakiah binti Ab.llah. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (527Kb) | Preview

    Abstract

    Pemikiran Islam adalah suatu skop bidang yang luas dan meliputi pelbagai konsep pemikiran. Pada zaman moden dan teknologi maklumat ini telah muncul pelbagai konsep dan istilah baru yang kadang-kadang memerlukan perbincangan secara jelas. Kemunculan sesuatu isu tersebut disebabkan oleh situasi-situasi tertentu yang berlaku khususnya dalam kalangan individu Muslim kini. Persoalan yang sering dibincangkan dalam skop Pemikiran Islam antaranya persoalan munafiq, qadariyyah, ibadiyyah dan termasuklah zindiq. Melalui kajian ini, penulis telah menyatakan kesimpulan bahawa konsep zindiq mempunyai pengertian yang tersendiri. Penulis telah merumuskan bahawa konsep zindiq adalah salah satu terminologi yang muncul dalam skop Pemikiran Islam pada hari ini. Ia turut dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai istilah daripada Bahasa ‘Arab. Namun sebenarnya istilah tersebut bukan berasal daripada perkataan ‘Arab yang tulen. Ia telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu sehingga ditafsirkan pengertiannya dalam pelbagai aspek kehidupan yang berbeza. Hasil daripada penulisan ilmiah ini penulis berpandangan bahawa setiap individu Muslim perlu mengambil inisiatif untuk memahami konsep tersebut. Oleh yang demikian itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji skop perbincangan utama konsep zindiq pada peringkat awal yang dikupas dari aspek terminologi, sejarah kemunculan, hubung kait dan kesimpulan serta saranan dalam menjelaskannya di kalangan individu Muslim pada hari ini.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010.
    Uncontrolled Keywords: Kufr (Islam); Islamic heresies; Zoroaster--Influence; Atheists; Freethinkers
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 23 May 2015 11:44
    Last Modified: 23 May 2015 11:44
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5325

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item