Uslub metafora dalam al-Qur'an : kajian terhadap Surah al-Kahfi / Siti Sarah binti Izham

Izham, Siti Sarah (2013) Uslub metafora dalam al-Qur'an : kajian terhadap Surah al-Kahfi / Siti Sarah binti Izham. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (5Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan kajian yang memenuhi madrasah balaghah al-Qur’an iaitu dengan memberi fokus kepada perbahasan mengenai metafora dalam surah al-Kahfi. Kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif iaitu menjelaskan berkaitan metafora menurut bahasa dan ahli sarjana, mengemukakan elemen-elemen menurut Balaghah Arab yang membentuk metafora dalam al-Qur’an, mengidentifikasikan metafora yang wujud pada setiap penceritaan kisah dalam surah al-Kahfi, mengklasifikasikan ayat-ayat metafora dalam surah al-Kahfi dan seterusnya menganalisis bentuk-bentuk metafora padanya. Dalam usaha mencapai objektif tersebut, kajian ini telah menggunakan metode kualitatif meliputi kajian perpustakaan dan dokumentasi serta sumber-sumber yang berautoriti bagi menerbitkan kefahaman metafora dalam al-Qur’an khususnya surah al-Kahfi. Data-data tersebut dianalisis secara kritikal dengan menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasilnya, kajian ini menemukan dua perkara besar iaitu metafora merujuk al-Qur’an dan metafora yang terdapat dalam surah al-Kahfi. Metafora merujuk al- Qur’an adalah tasybih muakkad, tasybih baligh dan isti’arah. Manakala metafora dalam surah al-Kahfi terbahagia kepada dua iaitu metafora yang terdapat pada kisahkisah dan metafora yang terdapat pada struktur ayat surah al-Kahfi. Pada kisah-kisah di dalamnya, ditemui tujuh kisah besar dan penyebutan kisah tersebut mengandungi unsur metafora. Manakala pada struktur ayat pula ditemui terdapat enam belas ayat yang menggunakan metafora.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: M.Usuluddin -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013.
    Uncontrolled Keywords: al-Qur'an--Surat al-Kahf--Criticism, interpretation, etc; al-Qur'an--Language, style; Arabic language--Rhetoric
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 23 May 2015 11:37
    Last Modified: 23 May 2015 11:37
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5329

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item