Kelas Khas Kemahiran al-Qur'an (KKQ) : kajian kaedah pelaksanaan dan keberkesanannya di sekolah-sekolah menengah (SMK) di daerah Gombak, Selangor / Eadil bin Mat

Mat, Eadil (2010) Kelas Khas Kemahiran al-Qur'an (KKQ) : kajian kaedah pelaksanaan dan keberkesanannya di sekolah-sekolah menengah (SMK) di daerah Gombak, Selangor / Eadil bin Mat. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1372Kb) | Preview

    Abstract

    EADIL BIN MAT (IGB 040036) : KELAS KHAS KEMAHIRAN AL-QUR’AN (KKQ). KAJIAN KAEDAH PELAKSANAAN DAN KEBERKESANAANNYA DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) DI DAERAH GOMBAK, SELANGOR Kajian ini bertujuan untuk melihat kaedah pelaksanaan Kelas Khas Kemahiran al-Qur’an yang diamalkan di sekolah serta keberkesanaannya. Kajian ini telah dijalankan ditiga buah sekolah menengah kebangsaan di Zon Gombak Barat, daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Seramai 70 orang pelajar tingkatan dua dan tiga orang guru yang mengajar kelas KKQ terlibat dalam kajian ini. Apakah faktor latar belakang pelajar, guru yang mengajar, kesungguhan pihak berkaitan serta permasalahan yang timbul memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Alat ukuran yang digunakan ialah soal selidik, ujian pencapaian dan temubual. Data-data dianalisis melalui program analisis data Program Sistem Statistik Pukal Sains Sosial (Statistical Package For The Social Sciences / SPSS), yang menggunakan statistik diskriptif dan infrensi seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menemukan bahawa pelaksanaan kelas KKQ di sekolah bermula dengan inisiatif dari pentadbir sekolah, guru dan pelajar sememangnya meminati subjek al-Qur’an, permasalahan yang timbul boleh diatasi dan ini tidak memberi kesan negatif kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil kajian ini perlu diambil berat oleh pihak berkaitan agar kelas ini dapat berjalan dengan lebih baik, lebih menarik minat pelajar dan ibu bapa serta dapat melahirkan insan yang kamil selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010.
    Uncontrolled Keywords: al-Qur'an--Study and teaching (Secondary)--Selangor; al-Qur'an--Recitation
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 23 May 2015 11:52
    Last Modified: 23 May 2015 11:52
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5331

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item