Metode targhib dan tarhib menurut Al-Quran : aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru pendidikan Islam di Shah Alam / Siti Aziah binti Md Saaban

Md Saaban, Siti Aziah (2014) Metode targhib dan tarhib menurut Al-Quran : aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru pendidikan Islam di Shah Alam / Siti Aziah binti Md Saaban. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (244Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (576Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (3157Kb) | Preview

        Abstract

        Kajian ini bertujuan untuk membincangkan metode targhib dan tarhib menurut al-Qur’an dan mengkaji pelaksanaannya dalam kalangan Guru Pendidikan Islam. Kajian ini telah dijalankan di dua puluh buah sekolah menengah kebangsaan yang terdapat di Shah Alam. Seramai 139 orang guru Pendidikan Islam yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan dengan menggunakan metode kuantitatif dan kualitatif. Alat ukuran yang digunakan ialah soal selidik, temubual dan pemerhatian. Alat ukuran tersebut digunakan untuk mengenalpasti latar belakang responden dan mengkaji pengaplikasian metode targhib dan tarhib dalam kalangan guru Pendidikan Islam serta persepsi responden tentang kesan metode targhib dan tarhib terhadap pengajaran dan pembelajaran. Data-data dianalisis melalui Program Sistem Statistik Pukal Sains Sosial (Statistical Package For The Sosial Sciences / SPSS) yang menggunakan statistik diskriptif seperti peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian metode targhib lebih mendominasi berbanding metode tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam . Skor min yang tinggi berdasarkan persepsi responden terhadap kesan metode targhib dan tarhib dalam tiga aspek kesan pengajaran dan pembelajaran iaitu dalam pembinaan iman, pembentukan sakhsiah diri dan pembelajaran kondusif. Dapatan kajian temubual dan pemerhatian juga menyokong semua keputusan kuantitatif di atas. Oleh itu, semua hasil kajian ini perlu diambil berat oleh pihak yang berkaitan agar pembelajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dapat berjalan dengan lebih sistematik, lebih menarik minat pelajar dan ibu bapa serta dapat melahirkan insan kamil yang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: M.Usuluddin -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
        Uncontrolled Keywords: Islamic education--Study and teaching--Selangor--Shah Alam; Islam--Customs and practices; Religious life--Islam
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        L Education > L Education (General)
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 20 Jun 2015 12:21
        Last Modified: 20 Jun 2015 12:21
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5335

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item