Intifadah Al-Aqsa (2000) dan kesannya ke atas proses damai di Palestin / Abdul Qayyum M Suhaimi

M Suhaimi, Abdul Qayyum (2014) Intifadah Al-Aqsa (2000) dan kesannya ke atas proses damai di Palestin / Abdul Qayyum M Suhaimi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2862Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan pengkajian ke atas konflik yang berlaku di Palestin. Bagi masyarakat Islam, Palestin mempunyai nilai yang tinggi di sisi mereka sebagai arah kiblat yang pertama. Bermula pada tahun 1948, Israel secara rasminya telah ditubuhkan dan didirikan di atas tanah Palestin. Penentangan rakyat Palestin terhadap Israel telah lama berlaku khususnya selepas tahun 1948. Penentangan ini bukan sahaja dilakukan oleh rakyat Palestin sendiri, malah negara Arab yang lainnya turut terlibat seperti Mesir, Jordan dan Syria. Konflik yang berlanjutan ini telah membawa kepada perbincangan dan juga pelan damai yang diusahakan oleh pelbagai pihak bagi mencapai kedamaian dan keamanan di Palestin. Kajian ini melihat kepada peristiwa besar yang berlaku di Palestin iaitu intifadah yang tercetus dalam dua peringkat iaitu pada tahun 1987 dan juga 2000. Kajian ini juga lebih menumpukan kepada intifadah kedua yang berlaku pada tahun 2000 dan meneliti kesannya kepada proses damai Arab-Israel yang telah dirangka. Penumpuan diberikan kepada Intifadah Al-Aqsa tahun 2000 kerana proses damai yang dirangka selepas peristiwa ini berlaku dan masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Berbanding dengan intifadah pertama pada tahun 1987, hanya Perjanjian Oslo dapat dirangka dan terhenti dengan kebangkitan intifadah kedua pada tahun 2000. Kajian ini menggunakan kaedah pengkajian kualitatif yang merujuk kepada metode dokumentasi, pensejarahan, perpustakaan dan juga temubual bersama tokoh akademik yang berada di dalam bidang ini. Hasil daripada kajian ini memperlihatkan bagaimana peristiwa intifadah memberi kesan yang besar terhadap proses damai di Palestin dengan isu-isu utama yang menjadi perbalahan sejak sekian lama ditekankan. Isu-isu tersebut adalah seperti penempatan Yahudi, hak untuk kembali, sempadan wilayah dan juga status Jerusalem.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: M.Usuluddin -- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
    Uncontrolled Keywords: Al-Aqsa Intifada, 2000--Influence; Al-Aqsa Intifada, 2000--Political aspects; Arab-Israeli conflict--1993-
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic History & Civilization
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 12 Jun 2015 12:29
    Last Modified: 12 Jun 2015 12:29
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5336

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item