Metodologi penulisan Abdul Halim Al-Hadi dalam kitab Ilham Al-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari Bahasa Melayu / Nur Hidayu binti Jamalluddin

Jamalluddin, Nur Hidayu (2014) Metodologi penulisan Abdul Halim Al-Hadi dalam kitab Ilham Al-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari Bahasa Melayu / Nur Hidayu binti Jamalluddin. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (727Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (272Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1572Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (312Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (2768Kb) | Preview

            Abstract

            Mengenalpasti metode sesuatu penulisan adalah penting bagi membantu pembaca atau pengkaji kitab memahami apa yang disampaikan oleh pengarang kitab dalam sesebuah karya penulisan. Melalui metodologi ini dapat memberi gambaran awal tentang isi kandungan kitab disamping mengenalpasti bentuk-bentuk penulisan pengarang kitab dalam penulisan mereka. Kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif iaitu mengenalpasti metodologi syarah hadith yang digunakan oleh Ustaz Abdul Halim al-Hadi dan mengenalpasti aplikasi ilmu hadith riwāyah dan dirāyah di dalam kitab Ilhām al-Bārī Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī Bahasa Melayu serta fiqh al-ḥadīth pengarang kitab dalam mensyarah hadith. Bagi menganalisis data kajian, penulis menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Antara aspek penting yang ditekankan dalam kajian ini adalah metodologi syarahan hadith, pengaplikasian ilmu hadith riwāyah dan dirāyah serta metodologi fiqh al-hadīth. Kesimpulan daripada kajian ini, penulis mendapati bahawa pengarang kitab Ilhām al-Bārī Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī Bahasa Melayu mensyarah hadith Ṣaḥīḥ al-Bukhārī secara ijmālī (ringkas) sahaja serta menjadikan kitab Fatḥ al-Bārī dan Irshād al-Sārī sebagai rujukan utama dalam syarahan beliau. Dari aspek pengaplikasian beliau dalam ilmu hadith riwāyah pula, penulis mendapati bahawa Ustaz Abdul Halim al-Hadi kurang membincangkan aspek sanad atau perawi hadith. Begitu juga dengan ilmu hadith dirāyah, beliau mensyarah hadith berdasarkan nas-nas zahir sesebuah hadith mengikut syarahannya atau melalui rujukan beliau terhadap kitab-kitab lain seperti Fatḥ al-Bāri karangan Ibn Hajar al-‘Asqalānī, dan Irshād al-Sārī oleh al-Qaṣṭalānī. Perbahasan beliau lebih tertumpu kepada fiqh al-ḥadīth dalam mensyarah hadith Ṣaḥīḥ al-Bukhārī.

            Item Type: Thesis (Masters)
            Additional Information: M.Usuluddin -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
            Uncontrolled Keywords: Hadith--Texts; Hadith--Commentaries; Hadith--Criticism, interpretation, etc.
            Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
            Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
            Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
            Date Deposited: 13 Jun 2015 14:36
            Last Modified: 13 Jun 2015 14:36
            URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5337

            Actions (For repository staff only : Login required)

            View Item