Program pembangunan masyarakat Aceh selepas pelaksanaan syariat Islam : kajian dari perspektif dakwah / Razali bin Muhammad Ali

Muhammad Ali, Razali (2013) Program pembangunan masyarakat Aceh selepas pelaksanaan syariat Islam : kajian dari perspektif dakwah / Razali bin Muhammad Ali. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (7Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (276Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (209Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (626Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (486Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (428Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (843Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (96Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (308Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF (Full Text)
                    Download (140Kb) | Preview

                      Abstract

                      Tesis ini merupakan kajian tentang pelaksanaan program pembangunan masyarakat Islam di Aceh pada masa ini yang dilakukan untuk meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengupas terhadap pelbagai program pembangunan masyarakat Islam di Aceh selepas pelaksanaan Syariat Islam mengikut perspektif dakwah. Adapun program pembangunan masyarakat Islam di Aceh yang di kaji dalam tesis ini adalah, program pembangunan akidah, syariah, akhlak pembangunan sosial, ekonomi dan pembangunan fizikal atau infrastruktur masyarakat. Kajian ini menggunakan metode penyelidikan deskriptif. Data-data dalam penelitian ini dikumpulkan dengan menggunakan metode dokumentasi, interview dan observasi. Dengan menggunakan metodologi tersebut dapat memberikan jawaban kepada beberapa perumusan masalah dan memberi penilaian tentang program pembangunan yang dilakukan apakah selaras dengan program dakwah, sesuai dengan pelaksanaan Syariat Islam dan mengikut keinginan masyarakat Islam di Aceh. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan program pembangunan di Aceh yang dilakukan oleh pemerintah dan swasta telah membawa pembaharuan dan kemajuan yang memberi manfaat, memperoleh faedah dan mendapat kesan yang baik dalam pelbagai bidang kehidupan masyarakat Aceh. Penerapan program pembangunan masyarakat Islam di Aceh kini telah mendapat hasil yang baik dan membawa nilai yang positif dengan merujuk dan berpedoman mengikut pelaksanaan undang-undang Syariat Islam. Program pembangunan keagamaan telah berhasil menerapkan Syariat Islam, meningkatkan fungsi tempat ibadah seperti Masjid dan Meunasah untuk mempertinggi pengamalan ajaran Islam dan mengembangkan dakwah Islamiyah dalam masyarakat. Program pembangunan ekonomi telah dapat mewujudkan kemakmuran, mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat mengikut prinsip keadilan dan pemerataan pendapatan dengan menjunjung tinggi nilai-nilai Islam. Program pembangunan sosial telah berhasil meningkatkan kesejahteraan sosial dengan menubuhkan hospital, klinik kesihatan, panti asuhan, perbaikan kerja-kerja sosial yang dikembangkan berasas pada nilai-nilai Islam. Program pembangunan infrastruktur telah dapat memperbaiki, meningkatkan dan tersedia infrastruktur asas sesuai dengan kepentingan dan keperluan masyarakat. Pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan dalam masyarakat selaras dengan ajaran Islam dan sesuai mengikut perspektif dakwah dalam meningkatkan kemakmuran dan membawa kesejahteraan masyarakat Islam di Aceh.

                      Item Type: Thesis (PhD)
                      Additional Information: Ph.D -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
                      Uncontrolled Keywords: Achinese (Indonesian people)--Social life and customs; Da'wah (Islam)--Indonesia--Aceh
                      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
                      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                      Date Deposited: 12 Jun 2015 12:42
                      Last Modified: 12 Jun 2015 12:42
                      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5341

                      Actions (For repository staff only : Login required)

                      View Item