Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Kelantan Kampus Machang : kajian pendekatan dan program dakwah terhadap pembangunan akhlak mahasiswa / Mohd Khusyairie bin Marzuki

Marzuki, Mohd Khusyairie (2013) Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Kelantan Kampus Machang : kajian pendekatan dan program dakwah terhadap pembangunan akhlak mahasiswa / Mohd Khusyairie bin Marzuki. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (129Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (334Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1999Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (424Kb) | Preview

          Abstract

          Kajian ini membincangkan tentang fungsi CITU dalam menyediakan program dan aktiviti keagamaan kepada seluruh warga kampus, khususnya dalam konteks peranannya membangunkan akhlak mahasiswa. CITU menggunakan pendekatan dakwah yang disarankan oleh Allah dalam surah al-Nahl : ayat 125. Kajian ini mempunyai 4 objektif yang ingin dicapai. Pertamanya; memahami program dan pendekatan dakwah CITU dalam pembangunan akhlak mahasiswa. Keduanya; mengenal pasti program dan pendekatan CITU dalam pembangunan akhlak mahasiswa. Ketiganya; mengenal pasti masalah dalam pelaksanaan program dan pendekatan CITU, dan keempatnya; mengenal pasti penerimaan mahasiswa terhadap program dan pendekatan dakwah CITU. Rekabentuk kajian ini menggunakan metode kajian perpustakaan dan metode kajian lapangan. Sumber data diperolehi melalui metode pengumpulan data yang meliputi kaedah temubual, pemerhatian dan soal selidik. Hasil utama dapatan kajian ini mendapati bahawa pembangunan akhlak mahasiswa UiTM Kelantan kampus Machang berada pada tahap sederhana baik. Ini memberikan isyarat bahawa program-program dakwah CITU mendapat sambutan yang baik dan pendekatannya dapat diterima oleh masyarakat kampus pada skala sederhana.

          Item Type: Thesis (Masters)
          Additional Information: M.Usuluddin -- Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
          Uncontrolled Keywords: Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU); Education, Higher--Malaysia--Religious aspects--Islam
          Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
          Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
          Date Deposited: 20 Jun 2015 12:08
          Last Modified: 20 Jun 2015 12:08
          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5345

          Actions (For repository staff only : Login required)

          View Item