Tarbiyah dalam Parti Islam Se-Malaysia di Tanjong Malim, Perak : kajian tentang aktiviti dan masalah / Khaled bin Mat

Mat, Khaled (2011) Tarbiyah dalam Parti Islam Se-Malaysia di Tanjong Malim, Perak : kajian tentang aktiviti dan masalah / Khaled bin Mat. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (32Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (32Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (34Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (99Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (57Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (74Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (90Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (112Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (116Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (237Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (505Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (371Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF
                          Download (310Kb) | Preview
                            [img]
                            Preview
                            PDF
                            Download (268Kb) | Preview
                              [img]
                              Preview
                              PDF
                              Download (137Kb) | Preview
                                [img]
                                Preview
                                PDF (Full Text)
                                Download (134Kb) | Preview

                                  Abstract

                                  Tarbiyah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud pendidikan. Ia adalah satu program terancang yang bertujuan untuk mengkader ahli menjadi insan yang sanggup mengorbankan jiwa, tenaga, harta, masa, dan fikrah serta memiliki sahsiah dan akhlak yang mulia, di samping boleh menjadi role model kepada masyarakat. Parti Islam Se-Malaysia atau PAS merupakan salah sebuah parti politik berteraskan ḥarakah Islāmiyyah telah menjadikan tarbiyah sebagai salah satu elemen penting dalam memantapkan ahlinya. Walau pun tarbiyah dilaksanakan dalam PAS, namun pelaksanaannya di peringkat negeri atau kawasan adalah secara fleksibel dan mengikut kesesuaian di tempat tersebut. Kajian ini memilih PAS kawasan Tanjong Malim, Perak sebagai lokasi kajian untuk melihat sejauh manakah pelaksanaan aktiviti tarbiyah di Tanjong Malim bertepatan dengan kurikulum asal yang telah dirangka oleh Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP). Kajian ini juga cuba untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh PAS kawasan Tanjong Malim dalam melaksanakan aktiviti tarbiyah dan mengemukakan beberapa saranan serta cadangan sebagai penambahbaikan kepada aktiviti tarbiyah sedia ada dalam PAS. Hasil kajian mendapati PAS kawasan Tanjong Malim melaksanakan kebanyakkan aktiviti tarbiyah dalam kawasan mereka, seperti program usrah, qiyāmullail (katībah), latihan kemahiran (daurah tadrībiyyah), berbuka puasa secara berjama’ah (ifṭār jamā’ī), perhimpunan bulanan (ijtimā’ tarbawī), solat berjama’ah, jambori (mukhayyam tarbawī untuk pemuda) dan kelas pengajian agama. Malah, program lawatan (reḥlah tarbawiyyah), program perkaderan (tamrīn tarbawī) dan perkhemahan (mukhayyam tarbawī) pula digabungjalinkan menjadi satu program baru yang lebih sesuai dan PAS kawasan turut mengambil inisiatif mengadakan Hari Keluarga untuk merapatkan ahli PAS di kawasan tersebut. Walau bagaimana pun, beberapa masalah turut dihadapi oleh PAS kawasan tersebut, namun tidaklah begitu ketara. Ia berpunca daripada kelemahan sumber manusia, seperti dana dan tempat program yang terhad, kurangnya penglibatan yang menyeluruh daripada pimpinan dan nuqabā’ dalam program tarbiyah, agenda tarbiyah kurang dibincangkan dalam mesyuarat, tiada perancangan strategik program tarbiyah, kekurangan murabbī dan tenaga penggerak, kesukaran mengikuti sepenuhnya sukatan tarbiyah PAS Pusat, murabbī bukan daripada kalangan masyarakat tempatan dan kelemahan pimpinan PAS kawasan Tanjong Malim dan Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan.

                                  Item Type: Thesis (Masters)
                                  Additional Information: Dissertation (M. Usuluddin) -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
                                  Uncontrolled Keywords: Parti Islam Se Malaysia; Islamic education; Education--Religious aspects--Islam
                                  Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                                  D History General and Old World > DS Asia
                                  Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
                                  Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                                  Date Deposited: 09 Jun 2015 11:36
                                  Last Modified: 09 Jun 2015 11:36
                                  URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5350

                                  Actions (For repository staff only : Login required)

                                  View Item