Pemikiran Fakhr al-Din al-Razi tentang syurga berdasarkan tafsir Mafatih al-ghayb / Mohd Manawi bin Mohd Akib

Mohd Akib, Mohd Manawi (2011) Pemikiran Fakhr al-Din al-Razi tentang syurga berdasarkan tafsir Mafatih al-ghayb / Mohd Manawi bin Mohd Akib. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1904Kb) | Preview

    Abstract

    Pemikiran Fakhr al-Din al-Razi Tentang Syurga Berdasarkan Tafsir Mafatih al-Ghayb adalah suatu kajian yang meneliti konsep syurga untuk menghuraikan persoalan berkaitan nama-nama dan sifat-sifat syurga serta penghuninya menurut Imam Fakhr al-Din al-Razi (m 606 H). Kajian ini berupa kajian perpustakaan yang melibatkan dua metode utama: Pertama, pengumpulan data dan kedua, analisis data yang menggunakan tiga kaedah; kaedah deduktif, induktif dan perbandingan. Kajian ini juga mengemukakan perbandingan tafsiran al-Razi ini dengan pandangan beberapa ulama tafsir terpilih iaitu al-Tabari, Ibn Kathir, al-Baydawi dan al-Alusi yang masing-masing mewakili dua aliran tafsir utama iaitu tafsir bi al-ma’thur dan tafsir bi al-ra’yi. Ini di samping perbandingan dari sudut pandang Ilmu Kalam. Penelitian ini dibahagikan kepada lima bab; bab pertama adalah pendahuluan, bab kedua berkaitan nama-nama syurga menurut al-Razi, bab ketiga berkenaan sifat-sifat syurga menurut al-Razi, bab keempat pula mengupas tentang penghuni syurga menurut al-Razi dan bab kelima adalah kesimpulan kajian. Kajian ini merumuskan bahawa al-Razi berpendapat bahawa syurga merupakan tempat ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT bagi hamba-hambaNya yang beriman dan ia telah dicipta dan kekal selamanya. Kajian ini juga mendapati betapa komprehensif perbincangan berkaitan konsep syurga yang dihuraikan oleh al-Razi berbanding dengan mufassir yang lain yang dibandingkan samaada mufassir bi al-ma’thur atau bi al-ra’yi terutama yang berkaitan dua persoalan: Pertama, sifat-sifat syurga yang meliputi perbahasan sifat-sifat umum syurga, kenikmatannya dan isu-isu yang berkaitan dengan sifat-sifat tersebut, kedua, berkenaan keadaan dan suasana penghuni syurga dan isu-isu berkaitan penghuninya.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
    Uncontrolled Keywords: al-Razi, Fakhr al-Din Muhammad ibn `Umar, 1149 or 50-1210. Mafatih al-ghayb; Paradise (Islam)
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 09 Jun 2015 10:53
    Last Modified: 09 Jun 2015 10:53
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5356

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item