Drama dakwah di Malaysia : kajian tentang proses penulisan skrip / Ummi Hani Abu Hassan

Abu Hassan, Ummi Hani (2011) Drama dakwah di Malaysia : kajian tentang proses penulisan skrip / Ummi Hani Abu Hassan. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (454Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (1246Kb) | Preview

      Abstract

      Penulisan skrip merupakan satu proses yang penting dalam penerbitan sesebuah drama, sama ada drama televisyen, pentas atau radio. Penulisan skrip juga mengandungi dua proses utama iaitu proses dalaman dan luaran. Setiap penulis akan melalui dua proses ini dengan cara yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Kajian ini menumpukan terhadap proses penulisan skrip drama televisyen yang bernuansa Islam. Pengkaji mendapati wujudnya perbezaan antara penulisan skrip drama umum dan dakwah meliputi konsep dan proses penulisan. Konsep drama dakwah meletakkan penulis sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi yang mesti menjalankan setiap suruhan-Nya serta meninggalkan larangan-Nya. Penulis menjadikan drama sebagai alat dakwah untuk mengajak masyarakat melaksanakan perintah tersebut. Hal ini hanya dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya penulis menghayati Islam dalam setiap aspek kehidupan mereka. Bagi menilai mutu drama dakwah, pengkaji memilih empat orang penulis skrip yang telah menghasilkan drama dakwah di televisyen untuk dikaji setiap proses penulisan mereka sebelum dan selepas sesebuah skrip drama dihasilkan. Dapatan pengkaji, drama dakwah yang sempurna serta menjadi panduan masyarakat terhasil daripada kesungguhan penulis melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan peribadinya serta kesedaranyan terhadap tugas dakwah dalam masyarakat.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M. Usuluddin) -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011.
      Uncontrolled Keywords: Drama--Religious aspects--Islam; Da'wah (Islam); Islam--Missions--Malaysia
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
      Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
      Date Deposited: 20 May 2015 10:57
      Last Modified: 21 May 2015 09:34
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5358

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item