Kaedah psikoterapi berasaskan konsep maqamat : kajian terhadap kitab Qut al-qulub Abu Talib al-Makki / Sharifah Basirah binti Syed Muhsin

Syed Muhsin, Sharifah Basirah (2012) Kaedah psikoterapi berasaskan konsep maqamat : kajian terhadap kitab Qut al-qulub Abu Talib al-Makki / Sharifah Basirah binti Syed Muhsin. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2494Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini yang berlandaskan kaedah penyelidikan perpustakaan menggunakan analisis kualitatif deskriptif adalah bertujuan membina kaedah psikoterapi Islam berasaskan perbahasan maqamat seorang tokoh sufi terkenal, Abu Talib al-Makki (m. 386H/966M) dalam karyanya yang terkenal, Qut al-Qulub. Secara khususnya, ia membincangkan latar belakang penulisan Qut al-Qulub dan idea-idea utamanya, dengan pemfokusan kepada al-maqamat dan kemudiannya merumuskan satu kaedah psikoterapi Islam. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini dibahagi kepada enam bab iaitu bab pendahuluan, bab pertama mengenai latar belakang tokoh tasawuf Abu Talib al-Makki serta pengenalan kitab Qut al-Qulub, bab kedua membincangkan mengenai konsep maqamat dalam tasawuf dan hubungannya dengan psikoterapi Islam secara umum, bab ketiga kupasan mengenai sembilan maqamat Abu Talib al-Makki merujuk kepada kitab Qut al-Qulub serta beberapa amalan-amalan yang disarankan oleh beliau, bab keempat membincangkan tentang pembentukan kaedah psikoterapi Islam berpandukan kepada sembilan maqamat Abu Talib al-Makki dan berakhir dengan bab kesimpulan. Kajian ini mendapati bahawa pemikiran tasawuf Abu Talib al-Makki yang menjurus kepada konsep maqamat yang dijalani oleh para sufi adalah suatu yang amat berharga untuk diketengahkan sebagai suatu kaedah terapi bagi rawatan jiwa. Kajian ini cuba menyusun dan membina suatu bentuk terapi yang boleh disarankan untuk kaedah rawatan bagi membersihkan jiwa dari penyakit-penyakit rohani. Sembilan maqamat dalam doktrin tasawuf Abu Talib al-Makki kemudiannya disusun kepada empat peringkat iaitu pertama, Penerimaan dan penyerahan diri kepada Allah S.W.T.; kedua, Latihan dan didikan kejiwaan; ketiga, Pemantapan jiwa dan; keempat, Pengekalan serta meningkatkan pemulihan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
    Uncontrolled Keywords: Makki, Abu Talib Muhammad ibn `Ali, d. 996. Qut al-qulub; Religious life--Islam; Islam--Doctrines; Sufism; Psychotherapy--Religious aspects--Islam
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 09 Jun 2015 12:09
    Last Modified: 09 Jun 2015 12:09
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5364

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item