Metodologi penulisan Hadith hukum : kajian perbandingan antara kitab al-Muntaqa dengan Bulugh al-maram / Siti Sarah binti Ibrahim

Ibrahim, Siti Sarah (2011) Metodologi penulisan Hadith hukum : kajian perbandingan antara kitab al-Muntaqa dengan Bulugh al-maram / Siti Sarah binti Ibrahim. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (835Kb) | Preview

    Abstract

    Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani merupakan dua orang tokoh hadith yang terkenal di dalam ilmu hadith hukum (Hadith Ahkam). Ilmu tersebut adalah sebahagian daripada pengajian hadith yang membincangkan mengenai hukum-hukum yang terdapat di dalam hadith. Walaubagaimanapun, tiada kajian yang membincangkan ilmu tersebut secara khusus. Berdasarkan keperluan ini, kajian ini dijalankan untuk menganalisis personaliti dan sumbangan Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam bidang hadith hukum (Hadith Ahkam) melalui metodologi penulisan kedua-dua tokoh tersebut di dalam kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-Mustafa Solla Allah ‘Alayh Wasallam dan kitab Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam. Kajian ini juga bertujuan untuk memperkenalkan biografi Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani bagi menyingkap sejarah kemunculan dan perkembangan ilmu hadith hukum (Hadith Ahkam). Seterusnya penulis membuat perbandingan di antara kedua-dua kitab tersebut. Perbandingan ini meliputi keistimewaan, kelemahan, persamaan, perbezaan dan metodologi atau kaedah penulisan yang digunakan di dalam kedua-dua kitab yang masyhur ini. Dalam kajian ini, penulis menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan (Library Research) sepenuhnya. Hasil kajian ini menunjukkan kedua-dua kitab tersebut adalah sumbangan yang tinggi nilainya di dalam ilmu hadith hukum (Hadith Ahkam). Ia membuktikan kaedah penulisan Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani adalah penulisan yang lebih sistematik, tersusun, terkini dan lebih menepati sebagai rujukan yang lengkap untuk koleksi-koleksi hadith hukum (Hadith Ahkam). Di dalam kedua-dua kitab tersebut terdapat himpunan hadith-hadith hukum (Hadith Ahkam). Hadith-hadith tersebut telah dirujuk daripada kitab-kitab yang berautoriti seperti kitab Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Jami’ Abi Isa al-Tarmidhi, Sunan al-Nasa’i, Sunan Abi Dawud dan Sunan Ibn Majah.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011.
    Uncontrolled Keywords: Ibn Hajar al-`Asqalani, Ahmad ibn `Ali, 1372-1449.--Bulugh al-maram; Ibn Taymiyah, `Abd al-Salam ibn `Abd Allah, 1193 or 4-1254 or 5.--al-Muntaqa min akhbar al-Mustafa; Hadith--Commentaries; Hadith--Criticism, interpretation, etc.
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 20 May 2015 10:51
    Last Modified: 21 May 2015 09:34
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5369

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item