Pendekatan dakwah Ismail Lutfi Japakiya : kajian tentang tarikan dakwahnya di selatan Thailand / Nasrudin Sidi

Sidi, Nasrudin (2010) Pendekatan dakwah Ismail Lutfi Japakiya : kajian tentang tarikan dakwahnya di selatan Thailand / Nasrudin Sidi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (7Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (111Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (62Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (368Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (268Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (717Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (888Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (266Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (48Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (274Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (404Kb) | Preview

                        Abstract

                        Kajian ini membincangkan tentang pendekatan dan tarikan dakwah Ismail Lutfi Japakiya di Selatan Thailand. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui realiti sebenar masyarakat Islam di Selatan Thailand, pendekatan dakwah Ismail Lutfi Japakiya serta mengetahui faktor yang menjadi tarikan kepada sasaran dalam dakwah beliau. Kajian ini menggunakan metode kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Borang soal selidik, temubual dan pemerhatian dilakukan untuk memenuhi kaedah penyelidikan. Sebanyak 258 set soal selidik diedarkan melibatkan golongan masyarakat Islam di Selatan Thailand yang terlibat dengan pengajian kuliah mingguan di Majlis al-‘Ilm Fatani, Majlis al-‘Ilm Universiti Islam Yala dan golongan pelajar di Universiti Islam Yala. Hasil kajian mendapati pendekatan dakwah yang digunakan oleh Ismail Lutfi Japakiya adalah dakwah mendekati pemimpin masyarakat, dakwah bi al-hal, dakwah secara lisan, penulisan, pendidikan dan media elektronik. Daripada pendekatan dakwah tersebut, pendekatan pendidikan dilihat lebih dekat dan menyeluruh kepada seluruh lapisan masyarakat jika dibandingkan dengan pendekatan yang lain. Di samping itu juga, pendekatan pendidikan telah memberi faedah yang sangat besar kepada masyarakat Islam di Selatan Thailand. Manakala hasil kajian mengenai faktor yang menjadi tarikan kepada sasaran dalam dakwah Ismail Lutfi Japakiya yang dilihat dari tiga aspek iaitu; 1) Faktor pada personaliti, didapati faktor tarikan utama adalah ceramah, kelulusan akademik, akhlak umum, ilmu, kecerdikan dan suara; 2) Faktor pada isi penyampaian, didapati faktor tarikan utama adalah tafsir al-Quran; 3) Faktor pada gaya persembahan mesej, didapati faktor tarikan utama adalah menggalakkan berbuat baik dan mengingati nikmat Allah SWT. Kajian ini diharapkan dapat membantu mempertingkatkan dan memantapkan lagi cara berdakwah dan kualiti daya tarikan bagi golongan pendakwah khususnya pendakwah di Selatan Thailand dalam menarik perhatian dan mempengaruhi sasaran.

                        Item Type: Thesis (Masters)
                        Additional Information: Dissertation (M. Usuluddin) -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
                        Uncontrolled Keywords: Fattani, Isma'il Lutfi; Da'wah (Islam); Islam--Missions--Thailand
                        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
                        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                        Date Deposited: 13 Jun 2015 14:20
                        Last Modified: 13 Jun 2015 14:20
                        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5372

                        Actions (For repository staff only : Login required)

                        View Item