Aspek-aspek sejarah dalam karya sastera di zaman kerajaan Islam Acheh pada abad ke-19 / Hanafiah

Hanafiah, - (2010) Aspek-aspek sejarah dalam karya sastera di zaman kerajaan Islam Acheh pada abad ke-19 / Hanafiah. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A)
Download (915Kb)

    Abstract

    Disertasi ini bertajuk “Aspek-aspek Sejarah Dalam Karya Sastera Di Zaman Kerajaan Islam Acheh Pada Abad Ke-19”. Tujuan Kajian ini dilakukan untuk mengetahui aspek-aspek sejarah yang terdapat dalam karya sastera (hikayat) di zaman kerajaan Islam Acheh. Pentingnya kajian ini dilakukan kerana sastera dapat memberikan informasi mengenai peristiwa-peristiwa sejarah yang pernah terjadi di Acheh pada masa tersebut dan informasi itu dapat dipergunakan oleh sejarawan untuk menulis karya sejarah. Sebahagian peristiwa-peristiwa tersebut terkandung di dalam karya sastera (hikayat) Acheh itu sendiri. Semua permasalahan ini dikaji dengan menggunakan metode induksi dan kualitatif. Manakala dalam pengumpulan data menggunakan teknik penyelidikan kepustakaan (Library Research). Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sumber sejarah yang terdapat di dalam karya sastera Acheh, kemudian dilanjutkan dengan mencari aspek-aspek sejarah yang terdapat dalam karya sastera tersebut, sehingga menambah informasi tentang sejarah Acheh melalui karya sastera. Dari hasil kajian ini dapat disimpulkan bahawa sebahagian karya sastera (hikayat) yang ditulis pada masa kerajaan Islam Acheh khususnya dapat dijadikan sebagai bahan kajian untuk mendapatkan sebahagian sumber sejarah masa kini dan akan datang.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2010.
    Uncontrolled Keywords: Historical aspects; Literary works; Acheh; Islamic kingdom; Hikayat
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic History & Civilization
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 30 Jul 2015 10:18
    Last Modified: 22 Dec 2022 03:27
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5374

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item