Pembahagian harta pusaka dalam masyarakat Muslim di Kecamatan Babat Jawa Timur Indonesia / Yunita Rahmah

Rahmah, Yunita (2013) Pembahagian harta pusaka dalam masyarakat Muslim di Kecamatan Babat Jawa Timur Indonesia / Yunita Rahmah. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (37Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (106Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (257Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (292Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (351Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (368Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (99Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (110Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (71Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF (Full Text)
                    Download (66Kb) | Preview

                      Abstract

                      Penyelidikan dengan tajuk “Pembahagian Harta Pusaka Masyarakat Muslim di Kecamatan Babat Jawa Timur Indonesia” adalah merupakan satu kajian bagi mengetahui cara masyarakat Muslim di Kecamatan Babat dalam membahagikan harta pusaka. Di Indonesia, ada beberapa sistem berkenaan hukum pusaka iaitu Hukum Pusaka Adat, Hukum Pusaka Berdasarkan Kitab Undang-undang Hukum Perdata (KUHP), Hukum Pusaka Islam, serta Hukum Pusaka Mengikut Mazhab Hazairin. Sehingga kini, penyelarasan berkenaan masalah pusaka di Indonesia tidak dapat diwujudkan. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui kedudukan hukum pusaka Islam secara am di Indonesia, dan mengetahui sejauh mana lembaga peradilan agama mengatur dan melaksanakan pengembangan hukum kewarisan Islam serta mengenal pasti sejauh manakah masyarakat Muslim Babat melaksanakan hukum pusaka Islam. Bagi mencapai objektif di atas, metodologi berikut telah digunakan iaitu metode pengumpulan data dan metode penganalisaan data. Bagi metode yang pertama; kajian perpustakaan, metode dokumentasi dan temubual telah digunakan. Manakala bagi penganalisaan data pula, metode induktif, deduktif dan komparatif telah digunakan. Antara penemuan yang didapati daripada penyelidikan ini ialah; dalam membahagikan harta pusaka, Masyarakat Muslim Babat tidak sepenuhnya menggunakan kaedah faraid. Ada sebahagian yang melakukan pembahagian secara faraid terlebih dahulu, kemudian setelah ahli waris telah mengetahui bahagian masing-masing, maka harta pusaka tersebut dikira semula untuk dibahagikan secara sama rata. Secara praktikalnya bentuk pembahagian harta seperti ini ialah sama dengan kaedah pembahagian harta secara adat iaitu membahagikan harta pusaka kepada setiap ahli waris dengan bahagian yang sama rata. Ada juga sebahagian kecil yang membahagikan harta pusaka mereka mengikut ajaran Hazairin. Akan tetapi, pengkaji mendapati bahawa pembahagian secara adat menjadi pilihan majoriti masyarakat Muslim Babat. Di antara alasan memilih pembahagian harta pusaka dengan cara adat ialah untuk mengukuhkan tali persaudaraan dengan mengutamakan sikap toleransi dan persefahaman, serta untuk mengelak daripada permusuhan dan pertelingkahan di antara ahli waris.

                      Item Type: Thesis (Masters)
                      Additional Information: Disertasi (M.Syariah) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
                      Uncontrolled Keywords: Pembahagian harta pusaka; Muslim; Kecamatan Babat; Jawa Timur; Indonesia
                      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
                      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                      Date Deposited: 30 Jul 2015 17:32
                      Last Modified: 30 Jul 2015 17:32
                      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5378

                      Actions (For repository staff only : Login required)

                      View Item