Analisis metode jawapan hukum dalam ruangan soal jawab agama akhbar Harian Metro tahun 2010 / Muhd Imran bin Abd Razak

Abd Razak, Muhd Imran (2013) Analisis metode jawapan hukum dalam ruangan soal jawab agama akhbar Harian Metro tahun 2010 / Muhd Imran bin Abd Razak. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (139Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (677Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (2639Kb) | Preview

        Abstract

        Kajian ini memfokuskan tentang metode soal jawab agama yang diamalkan dalam akhbar Harian Metro. Ia bertujuan untuk melihat sejauh mana jawapan-jawapan hukum yang dikeluarkan dalam ruangan soal jawab agama akhbar tersebut menepati metodologi pengeluaran hukum dalam Islam (usul al-fiqh). Untuk mencapai objektif yang ditetapkan, penulis meneliti prosedur teknikal soal jawab agama untuk menilai realiti positif dan negatif. Penulis turut membuat penilaian latar belakang akademik para panelis yang terlibat serta hubungannya dengan jawapan hukum yang dikeluarkan dan akhirnya membuat perbandingan antara metode jawapan-jawapan hukum tersebut dengan metodologi pengeluaran fatwa dalam Islam. Penulis telah memilih koleksi jawapan-jawapan hukum sepanjang tahun 2010 sebagai asas kajian. Hasil kajian mendapati perjalanan teknikal soal jawab agama berjalan dengan baik tetapi ruangan yang terhad telah menjejaskan kualiti sebahagian jawapan hukum. Latar belakang panelis yang berbeza daripada bidang pengajian syariah turut mempengaruhi metode dan ketepatan jawapan hukum yang dikeluarkan. Kesannya, walaupun sebahagian jawapan hukum telah dikeluarkan dengan baik kerana soalan-soalan bersifat ringkas dan mudah, masih terdapat ruang-ruang penambahbaikan bagi lebih menjamin keautoritian setiap jawapan hukum yang hendak dikeluarkan di masa depan.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
        Uncontrolled Keywords: Islam--Miscellanea; Islam--Customs and practices--Miscellanea; Islam--Doctrines
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 23 Jul 2015 10:18
        Last Modified: 23 Jul 2015 10:18
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5382

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item