Kajian semantik kata nama pinjaman dalam Daichouhen Doraemon / Nadiah binti Zubbir

Zubbir, Nadiah (2015) Kajian semantik kata nama pinjaman dalam Daichouhen Doraemon / Nadiah binti Zubbir. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2791Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat kekerapan dan bilangan kata nama pinjaman dan untuk mengenalpasti perubahan makna yang dibawa oleh kata nama pinjaman bahasa Inggeris dalam bahasa Jepun. Kajian ini telah menyelidik lima buah manga yang bertajuk Daichouhen Doraemon dengan mengutip kata pinjaman yang berbentuk kata tunggal. Kekerapan dan bilangan kata nama pinjaman diteliti melalui perbandingan dengan bilangan kekerapa kata kerja pinjaman dan kata adjektif pinjaman. Hanya perkataan yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian dan tiga jenis perubahan makna sahaja dipilih iaitu peluasan makna, pemilikan makna baru dan pengurangan makna untuk diteliti dalam kajian ini. Tambahan pula, hanya kata pinjaman dari golongan kata nama sahaja yang dianalisis secara semantik. Dua buah kaedah telah digunakan untuk menganalisis data-data yang diperolehi iaitu kaedah kualititaitf dan kuantitiatif. Kaedah kuantitatif dijalankan secara statistik dan menggunakan jadual-jadual serta graf dari Microsoft Excel untuk menganalisis bilangan dan kekerapan kata pinjaman. Manakala, kaedah kualitatif menggunakan jadual yang telah diubahsuai dari Teori Analisis Komponen Makna yang diutarakan oleh Nida (1975) dan hanya makna kamus sahaja yang diteliti dalam kajian ini. Kajian ini telah mendapati bahawa bilangan kata pinjaman dalam manga Daichouhen Doraemon ialah 105 perkataan. 87.62% daripada bilangan tersebut merupakan kata pinjaman dari golongan kata nama. 10.48% pula dari golongan kata kerja dan 1.90% pula merupakan kata adjektif. Dari segi kekerapan pula, didapati bahawa terdapat 353 pengulangan kata pinjaman dalam manga tersebut. 95.75% daripada kekerapan itu merupakan kata pinjaman dalam bentuk kata nama. Manakala, 3.68% daripadanya adalah kata pinjaman dari golongan kata kerja dan akhir sekali, 0.57% adalah kata adjektif. Bagi kajian secara kualititaitf pula, didapati bahawa sebanyak 38 kata pinjaman mengalami pengurangan makna diikuti oleh kata pinjaman yang memiliki makna baru (20 perkataan) dan peluasan makna (4 perkataan). Pengurangan makna berlaku apabila makna kata pinjaman menjadi lebih spesifik dan makna asal sesuatu kata pinjaman tidak dikekalkan sepenuhnya apabila dijadikan kata pinjaman bahasa Inggeris dalam bahasa Jepun. Manakala, pemilikan makna baru berlaku apabila makna kata pinjaman yang diperolehi berbeza dengan makna perkataan asal. Pemilikan makna baru boleh berlaku apabila kata pinjaman mengalami kedua-dua peluasan makna dan pengurangan makna. Selain itu, pemilikan makna baru juga boleh berlaku apabila kata pinjaman tidak mengalami sebarang perubahan makna yang disebut sebagai shift in meaning. Peluasan makna berlaku apabila makna kata pinjaman menjadi subjektif luas dan makna asal dikekalkan serta ditambah dengan makna baru.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (S.P.B.M.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Kajian semantik; Kata nama pinjaman; Daichouhen Doraemon
    Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 24 Jul 2015 13:09
    Last Modified: 24 Jul 2015 13:09
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5393

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item