Keberkesanan komik dalam pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah / Nor Sakinah binti Ismail Zawawi

Ismail Zawawi, Nor Sakinah (2015) Keberkesanan komik dalam pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah / Nor Sakinah binti Ismail Zawawi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (32Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (281Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (219Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (641Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (413Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (916Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (72Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (193Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (778Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (452Kb) | Preview

                      Abstract

                      Beberapa kajian menunjukkan pelajar Bahasa Arab masih memerlukan kaedah yang sesuai untuk menarik minat mereka dalam mempelajari Bahasa Arab (Mohd Fadzli & Mohd Sukki, 2012). Hal ini bertambah rumit apabila pelajar Bahasa Arab juga dibuktikan menghadapi masalah ingatan di mana ia boleh menyekat kebolehan kelancaran mereka untuk berbahasa (Norhayuza, 2001). Justeru, untuk mengatasi masalah ini, penulis menjalankan satu kajian yang bertujuan untuk menilai keberkesanan pembelajaran Bahasa Arab menggunakan komik untuk mengetahui adakah kaedah ini menepati keperluan pelajar dalam mempelajari Bahasa Arab. Data yang dikumpulkan menggunakan tiga intrumen kajian, iaitu soal selidik keatas pelajar, temu bual ke atas guru dan ujian ke atas pelajar. Manakala teori yang digunakan dalam kajian ini pula ialah modul komik Bahasa Arab berdasarkan teori Kontruktivisme, Visual Neil Cohn dan Dual Coding Allan Paivio. Subjek kajian dipilih ialah 60 orang murid tingkatan tiga di salah sebuah sekolah menengah agama (Arab) di Kedah. Dapatan daripada soal selidik mendapati 83% responden minat terhadap subjek BA, 70% bersetuju pembelajaran BA menarik minat untuk lebih tekun belajar, 82% pelajar menyukai komik BA. Soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 18.0 bagi mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Bagi mengetahui keberkesanan pembelajaran Bahasa Arab menggunakan komik, ujian pasca dijalankan kepada responden kajian. Responden dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimental benar berbentuk ujian pasca bagi membandingkan kumpulan-kumpulan yang paling baik. Kumpulan rawatan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan komik manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional (karangan dalam buku teks). Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 18.0 yang mengandungi skor min dan ujian –t. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap (t=-7.559, df 58,p<.05). Nilai min yang lebih tinggi pada responden kumpulan rawatan (min 67.6) menunjukkan bahawa mereka lebih memahami pembelajaran berbanding responden kumpulan kawalan (min=44.9). Dapatan daripada temu bual guru tentang persepsi guru mengenai masalah pelajar dan penggunaan komik dalam pembelajaran Bahasa Arab pula telah mendapati bahawa guru berpendapat pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada yang sedikit tentang BA dan komik merupakan usaha yang bagus dan sangat baik serta perlu diperluaskan penggunaannya dalam pembelajaran BA.

                      Item Type: Thesis (Masters)
                      Additional Information: Dissertation (M.A.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015
                      Uncontrolled Keywords: Komik; Pembelajaran; Bahasa Arab; Sekolah Menengah
                      Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic
                      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
                      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                      Date Deposited: 23 Oct 2015 11:12
                      Last Modified: 23 Oct 2015 11:12
                      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5395

                      Actions (For repository staff only : Login required)

                      View Item