Penggunaan penyusun grafik dalam penguasaan kolokasi Bahasa Arab / Uraidah binti Abdul Wahab

Abdul Wahab, Uraidah (2014) Penggunaan penyusun grafik dalam penguasaan kolokasi Bahasa Arab / Uraidah binti Abdul Wahab. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertajuk “ Penggunaan penyusun grafik dalam penguasaan kolokasi bahasa Arab”. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan kolokasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan mengukur keberkesanan penggunaan penyusun grafik dalam pembelajaran kolokasi bahasa Arab. Penyusun grafik merupakan paparan maklumat secara visual untuk menunjukkan hubungkait antara konsep-konsep penting serta memudahkan pembelajaran dan penyampaian maklumat. Kaedah kuasi eksperimen dilaksanakan dengan menggunakan ujian kolokasi bertulis melalui ujian pra dan pasca serta kaedah tinjauan secara temu bual. Sampel kajian ini seramai 60 orang pelajar tingkatan empat aliran sains agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam, Selangor dan tidak diagihkan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan (n=30) dan eksperimen (n=30). Data dianalisis secara diskriptif bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Ujian t turut dijalankan untuk mengukur perbezaan tahap penguasaan kedua-dua kumpulan. Manakala data temu bual pelajar pula dianalisis secara manual. Dapatan kajian ini menunjukkan penguasaan kolokasi bahasa Arab KN+KN (al-idafah) dan KN+KA (al-naʻat) kumpulan kawalan masih di tahap lemah manakala kumpulan eksperimen di tahap sederhana. Kajian ini juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan dalam skor min penguasaan kolokasi bahasa Arab KN+KN (al-idafah) [t(58)= 10.980, p<.05] dan KN+KA (al-naʻat) [t(58)= 13.128, p<.05] antara kumpulan yang menggunakan penyusun grafik dan skor min kumpulan yang tidak menggunakan penyusun grafik selepas mengawal kesan ujian pra kolokasi bahasa Arab.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2014
    Uncontrolled Keywords: Penyusun grafik; Penguasaan kolokasi; Bahasa Arab
    Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 23 Jul 2015 10:42
    Last Modified: 23 Jul 2015 10:42
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5397

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item