Penguasaan kata kerja perintah Bahasa Arab dalam kalangan pelajar pra Universiti / Syakirah Rifa’in @ Mohd Rifain

Rifa’in @ Mohd Rifain, Syakirah (2013) Penguasaan kata kerja perintah Bahasa Arab dalam kalangan pelajar pra Universiti / Syakirah Rifa’in @ Mohd Rifain. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (79Kb) | Preview
    [img] Microsoft Word
    Download (27Kb)
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (102Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (241Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (1361Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (103Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (182Kb) | Preview

                Abstract

                Kajian ini merupakan kajian mengenai tahap penguasaan kata kerja perintah bahasa Arab dalam kalangan para pelajar pra Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengetahui pengetahuan pelajar mengenai kata kerja perintah dan mengkaji penguasaan pelajar mengenai pembentukan kata kerja perintah dan pola kata kerja perintah serta untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar mengenai kata kerja perintah. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai 50 orang pelajar daripada pra Akademi Islam Universiti Malaya Nilam Puri. Kajian ini menggunakan borang soal selidik, ujian bertulis, dan temubual untuk mendapatkan data dan maklum balas daripada responden. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan kuantitatif yang dianalisis secara deskriptif. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Program Social Science (SPSS) versi 13.0. Manakala dapatan kajian dibentangkan dengan bantuan jadual, rajah, dan carta pai. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan pelajar mengenai kata kerja perintah dan pembentukan kata kerja perintah di tahap sederhana. Manakala tahap penguasaan pelajar mengenai pola kata kerja perintah di tahap yang sangat baik. Secara keseluruhannya menunjukkan pelajar mempunyai masalah mengenai kata kerja perintah. Hasil daripada kajian ini diharap agar dapat memberikan manfaat dan panduan kepada pensyarah untuk meningkatkan penguasaan kata kerja perintah bahasa Arab dalam kalangan pelajar terutama pelajar di pra Akademi Islam Universiti Malaya Nilam Puri. Di akhir kajian ini, penyelidik mencadangkan beberapa cadangan dan saranan untuk para pelajar supaya dapat menguasai kata kerja perintah bahasa Arab.

                Item Type: Thesis (Masters)
                Additional Information: Dissertation (S.P.B.M.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013
                Uncontrolled Keywords: Kata kerja perintah; Bahasa Arab; Pelajar pra universiti
                Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic
                Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
                Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                Date Deposited: 25 Jul 2015 10:05
                Last Modified: 25 Jul 2015 10:05
                URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5408

                Actions (For repository staff only : Login required)

                View Item