Narayanasamy, Meenambigai (2012) Pembentukan kata Tamil dalam berita televisyen / Meenambigai a/p Narayanasamy. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian ini fokus terhadap pembentukan kata Tamil dalam berita televisyen. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti proses-proses pembentukan kata-kata baru yang digunakan dalam berita Tamil TV2, RTM. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji cara-cara yang digunakan oleh editor berita Tamil TV2, RTM untuk membentuk kata-kata baru. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah gabungan, iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif mudah. Skrip berita Tamil TV2, RTM yang disiarkan dari 1hb Januari 2011 hingga 28hb Februari 2011 digunakan sebagai data kajian. Sebanyak 220 patah perkataan dianalisis berpandukan Kerangka Pengkategorian Proses Pembentukan Kata Yule, G. (1985). Semua data kajian disemak statusnya sama ada ia kata baru atau tidak dengan menggunakan dua buah kamus bahasa Tamil, iaitu Kriya:vin taRka:lat tamiL akara:ti (2008) dan Narmata:vin tamiL akara:ti (2009). Borang Analisis Kata-kata Baru, Panduan Temu Bual Semi Berstruktur dan Borang Soal Selidik Latar Belakang Responden digunakan sebagai instrumen kajian. Seramai lima orang editor berita Tamil TV2, RTM ditemu bual bagi mendapatkan maklum balas mengenai cara-cara yang digunakan untuk membentuk kata-kata baru. Hasil kajian memaparkan proses peminjaman, pemajmukan dan pengimbuhan terlibat dalam pembentukan kata-kata baru. Proses peminjaman merupakan proses yang paling banyak digunakan dalam pembentukan kata berita Tamil TV2, RTM. Selanjutnya, para editor menggunakan sebanyak sepuluh cara untuk membentuk kata-kata baru. Editor-editor berita Tamil TV2, RTM merujuk kamus bercetak, daftar istilah dan kamus elektronik serta menghubungi editor radio Minnal FM dan akhbar Tamil tempatan. Didapati pembentukan kata-kata baru dilakukan dalam sepuluh bidang dan kebanyakan perkataan baru dibentuk dalam bidang sains dan teknologi. Selain itu, semua kata baru yang dibentuk oleh para editor berita Tamil TV2, RTM ialah kata nama.
Actions (For repository staff only : Login required)