Penguasaan kemahiran mendengar Bahasa Arab dalam kalangan pelajar menengah agama / Nik Mahfuzah binti Nik Mat

Nik Mat, Nik Mahfuzah (2013) Penguasaan kemahiran mendengar Bahasa Arab dalam kalangan pelajar menengah agama / Nik Mahfuzah binti Nik Mat. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2742Kb) | Preview

    Abstract

    Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat penguasaan kemahiran mendengar bahasa Arab dalam kalangan pelajar menengah agama. Kajian ini dilakukan ke atas seramai lapan puluh orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan tiga di Ma‟ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini (Ma‟ahad SAS), Jengka. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif diskriptif. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data-data adalah borang soal selidik yang mengandungi maklumat latar belakang responden dan strategi pembelajaran kemahiran mendengar serta satu set ujian kemahiran mendengar bahasa Arab. Ada pun, set ujian kemahiran mendengar digubal berdasarkan lima daripada aras-aras Taksonomi Bloom. Data-data kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 11.5. Dapatan menunjukkan, penguasaan keseluruhan responden dalam kemahiran mendengar bahasa Arab adalah pada tahap penguasaan yang sederhana dan tahap pencapaian responden perempuan lebih tinggi berbanding responden lelaki. Aras aplikasi dan aras pengetahuan adalah aras yang mencatatkan skor min yang paling tinggi. Ada pun, aras pemahaman dan aras sintesis adalah aras yang mencatatkan skor min paling rendah. Manakala, kekerapan kalangan responden dalam penggunaan strategi penguasaan bahasa Arab adalah tinggi dan responden yang mempunyai tahap penguasaan yang cemerlang tidak mempunyai masalah untuk mempraktikan strategi penguasaan kemahiran mendengar yang terdapat dalam kedua-dua kategori. Manakala, responden yang sederhana lebih cenderung kepada kategori sosial dan bagi responden yang lemah pula, mereka kurang mengamalkan strategi-strategi ini. Antara implikasi kajian ini ialah, kemahiran mendengar perlu diwujudkan dalam sistem pembelajaran yang formal. Di samping, para pelajar perlu berusaha mempraktikan pelbagai kaedah dan strategi yang dapat membantu memperkasakan dan meningkatkan kemahiran mendengar bahasa Arab mereka.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (S.P.B.M.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013
    Uncontrolled Keywords: Penguasaan; Kemahiran mendengar; Bahasa Arab; Pelajar menengah agama
    Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 25 Jul 2015 10:41
    Last Modified: 25 Jul 2015 10:41
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5445

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item