Analisis al-Nabr dalam Surah 'Abasa / Shahriman bin Said

Said, Shahriman (2013) Analisis al-Nabr dalam Surah 'Abasa / Shahriman bin Said. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1530Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan mengaplikasikan kaedah al-Nabr dalam al-Qur‟a:n, khususnya surah „Abasa untuk mengenal pasti cara sebutan dan bacaan yang menepati kaedah fonetik Arab, di samping untuk mengkaji peranan serta perkaitan posisi al-Nabr al-Ra‟i:siyy dalam setiap kalimah dengan tema-tema yang terdapat dalam surah berkenaan. Kajian ini penting bagi memperlihatkan bagaimana kaedah al-Nabr dalam bacaan dan sebutan bahasa Arab boleh diaplikasikan. Kaedah yang diguna pakai dalam kajian ini adalah kaedah perpustakaan. Penyelidik mengumpul data dan menganalisis maklumat melalui rujukan dan penelitian ke atas kajian-kajian yang berkaitan. Maklumat serta teori yang diperolehi, telah digunakan bagi merekabentuk kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa al-Nabr dalam kalimah bahasa Arab khususnya al-Qur‟a:n sekalipun bukan fonem yang membawa kepada perubahan makna, namun wajar dikaji dan diselidiki kerana ia mempunyai fungsi-fungsi tersendiri dalam bahasa Arab. Posisi al-Nabr al-Ra‟i:siyy bagi setiap kalimah dalam surah membentuk susunan fonetik dan pola tertentu mengikut jenis suku kata dan tema yang terdapat dalam surah. Kajian ini diharapkan dapat membantu membuka dimensi baru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab serta pengajian al-Qur‟a:n, khususnya bagi tujuan pembinaan silabus dan perencanaan kaedah-kaedah pengajaran kemahiran membaca

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (S.P.B.M.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013
    Uncontrolled Keywords: Analisis; al-Nabr; Surah 'Abasa
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    P Language and Literature > PJ Semitic
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 25 Jul 2015 10:38
    Last Modified: 25 Jul 2015 10:38
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5448

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item