Analisis pembentukan frasa nombor bahasa Cina dalam kalangan pelajar Melayu / Yong Ying Mei

Yong, Ying Mei (2013) Analisis pembentukan frasa nombor bahasa Cina dalam kalangan pelajar Melayu / Yong Ying Mei. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (31Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (181Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (3495Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF (Full Text)
        Download (1057Kb) | Preview

          Abstract

          Pembelajaran Bahasa Cina (BC) sebagai bahasa asing semakin popoular di seluruh dunia sejajar dengan pembangunan ekonomi negara China. Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 telah menyatakan BC diperkenalkan sebagai kursus elektif bahasa asing di institut pengajian tinggi awam (IPTA). Objektif kajian ini adalah untuk meninjau pembentukan frasa nombor BC dalam kalangan pelajar Melayu dan hubungan antara prestasi ujian dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran BC dalam kalangan pelajar Melayu. Ini kerana penggunaan frasa nombor adalah penting untuk berinteraksi dalam kehidupan harian. Kajian ini bertumpu pada topik tarikh, masa dan harga dalam kursus Mandarin For Beginners di Universiti Malaysia Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah triangulasi, iaitu ujian, soal selidik dan temu bual. Ujian digunakan untuk melihat pembentukan frasa nombor BC dalam kalangan pelajar Melayu dan jawapan yang salah dalam ujian dianalisis dengan deskriptif tatabahasa. Soal selidik digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar Melayu dalam pembelajaran BC. Kaedah SPSS digunakan untuk menganalisis data dalam soal selidik. Kemudian temu bual dijalankan di atas satu kumpulan fokus yang terdiri daripada lima orang responden yang cemerlang dalam ujian dan lima orang responden yang lemah dalam ujian. Hasil kajian dalam ujian menunjukkan pelajar Melayu tidak menguasai sepenuhnya dalam frasa nombor BC. Responden lebih menguasai frasa tarikh tetapi frasa harga kurang dikuasai. Dari analisis menunjukkan bahawa lima jenis kesilapan pembentukan frasa nombor BC yang dilakukan dalam kalangan pelajar Melayu seperti kesilapan angka, kesilapan Hanyu Pinyin, kesilapan kosa kata, kesilapan struktur dan ketinggalan kosa kata. Analisis soal selidik menunjukkan faktor pengajaran paling mempengaruhi pembelajaran BC sebagai bahasa asing dalam kalangan pelajar Melayu. Faktor-faktor pengaruh yang seterusnya meliputi v pemindahan bahasa ibunda, motivasi, minat, sikap, persekitaran dan masa pembelajaran. Analisis korelasi menunjukkan bahawa hanya tiga faktor mempunyai hubungan yang signifikasi dengan prestasi responden, iaitu faktor minat, sikap dan persekitaran. Namun begitu, hasil kajian dari temu bual menunjukkan senario percanggahan pendapat dalam kalangan pelajar. Secara optimis, kajian ini dapat menghasilkan garis panduan kepada para akademik untuk menambahbaikan pembelajaran frasa nombor BC dalam kalangan pelajar Melayu. (347 patah perkataan) Kata kunci: Pembelajaran Bahasa Cina, frasa nombor Bahasa Cina, pembentukan frasa, bahasa kedua

          Item Type: Thesis (Masters)
          Additional Information: Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013.
          Uncontrolled Keywords: Frasa nombor bahasa Cina dalam kalangan pelajar Melayu
          Subjects: P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
          Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
          Date Deposited: 27 Jun 2015 11:05
          Last Modified: 27 Jun 2015 11:05
          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5495

          Actions (For repository staff only : Login required)

          View Item