Kajian pembentukan istilah sains dan teknologi maklumat dalam akhbar harian Bahasa Tamil / Margaret A/P Sinnappan

Margaret, Sinnappan (2014) Kajian pembentukan istilah sains dan teknologi maklumat dalam akhbar harian Bahasa Tamil / Margaret A/P Sinnappan. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (144Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (306Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (3105Kb) | Preview

        Abstract

        Disertasi ini merupakan satu kajian tentang proses-proses yang terlibat dalam pembentukan istilah sains dan teknologi maklumat dalam bahasa Tamil di Malaysia. Tujuan utama kajian ini dilakukan bagi mengetahui proses-proses pembentukan istilah yang terlibat dalam pembentukan istilah dalam penghasilan teks sains dan teknologi maklumat dalam akhbar Tamil. Kajian ini juga mengkaji strategi-strategi yang digunakan oleh pemberita untuk membentuk istilah Sains dan Teknologi. Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti persepsi pembaca terhadap istilah-istilah yang digunakan dalam akhbar Tamil. Pendekatan penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu pengiraan secara mudah. Pengkaji memilih tiga buah akhbar harian Tamil di Malaysia iaitu, Tamil Nesan, Malaysia Nanban dan Makkal Osai. Data-data yang diperoleh dianalisis mengikut proses pembentukan istilah yang dikemukakan oleh Yule,G (2010). Proses-proses pembentukan seperti pemajmukan, peminjaman, derivasi, penciptaan, penukaran, penyingkatan, campuran, akronim, ‘back-formation’, pengimbuhan akhiran dan sisipan serta gabungan pelbagai proses dikaji. Pendekatan deskriptif digunakan bagi menjelaskan konsep proses pembentukan istilah. Strategi yang digunakan oleh pemberita untuk membentuk istilah dikenal pasti melalui temu bual bersama 9 orang pemberita akhbar Tamil di Malaysia. Persepsi pembaca tentang istilah sains dan teknologi yang digunakan dalam akhbar Tamil dianalisis dengan mengedarkan soal selidik kepada 30 responden yang terdiri daripada 10 orang pelajar, 10 orang guru dan 10 orang awam. Jadi, kedua-dua instrumen iaitu temu bual dan soal selidik digunakan untuk mengumpul data bagi memenuhi objektif kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, pertamanya, proses-proses pemajmukan dan peminjaman mencapai kekerapan tinggi dalam istilah sains dan teknologi akhbar Tamil. Seterusnya, terdapat pemberita yang mencipta teks sains dan teknologi dengan menggunakan kaedah sendiri dan ada juga pemberita yang menterjemahkan teks daripada bahasa sumber. Akhir sekali, pembaca berpendapat istilah yang dibentuk dengan menggunakan proses peminjaman lebih senang untuk difahami. Pengkaji berharap bahawa kajian ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang keadaan semasa pembentukan dan penggunaan istilah sains dan teknologi khususnya dalam akhbar Tamil Malaysia.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2014.
        Uncontrolled Keywords: Kajian pembentukan istilah sains dan teknologi maklumat; Akhbar harian Bahasa Tamil
        Subjects: P Language and Literature > PM Hyperborean, Indian, and Artificial languages
        T Technology > T Technology (General)
        Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 27 Jun 2015 11:07
        Last Modified: 27 Jun 2015 11:07
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5496

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item