Pengajaran Bahasa Arab: Kajian terhadap kaedah pengajaran bahasa berasaskan tugasan (KPBBT) di Pusat Asasi UIAM / Nor Syahida Binti Ahmad

Nor Syahida, Ahmad (2015) Pengajaran Bahasa Arab: Kajian terhadap kaedah pengajaran bahasa berasaskan tugasan (KPBBT) di Pusat Asasi UIAM / Nor Syahida Binti Ahmad. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (499Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (901Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (505Kb) | Preview

        Abstract

        Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan Kaedah Pengajaran Bahasa Berasaskan Tugasan (KPBBT) di Pusat Asasi UIAM. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pemahaman pensyarah terhadap kaedah ini dan pengalaman mereka menggunakan kaedah tersebut dalam pengajaran bahasa Arab. Di samping itu, penulis telah meninjau persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah yang menggunakan KPBBT di dalam kelas dan keberkesanan kaedah ini dalam memperbaiki mutu pembelajaran bahasa Arab mereka. Kajian ini melibatkan dua kumpulan responden iaitu 15 orang pensyarah dan 30 orang pelajar. Penulis menggunakan kaedah soal selidik sebagai instruman kajian. Data yang diperolehi daripada instrumen tersebut dianalisis menggunakan statistik diskriptif iaitu peratusan dan min. Hasil kajian mendapati para pensyarah yang terlibat mempunyai pemahaman yang baik terhadap KPBBT dan berdasarkan pengalaman mengajar menggunakan kaedah tersebut, majoriti pensyarah mengakui bahawa ia banyak membantu mereka dalam pengajaran bahasa Arab. Manakala di pihak pelajar pula, mereka bersetuju bahawa penggunaan kaedah ini berupaya membantu mereka memahami bahasa Arab dengan lebih berkesan. Kajian ini juga membuktikan bahawa KPBBT telah berjaya memberikan impak positif kepada kedua- dua belah pihak bagi memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di pusat ini.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015.
        Uncontrolled Keywords: Pengajaran Bahasa Arab; UIAM; Asasi
        Subjects: L Education > L Education (General)
        Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 26 Jun 2015 21:30
        Last Modified: 26 Jun 2015 21:30
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5501

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item