Aspek kala dalam gaya bahasa nafi dalam Juz ‘Amma / Ahmad Wan Abd Rahman

Ahmad, Wan Abd Rahman (2015) Aspek kala dalam gaya bahasa nafi dalam Juz ‘Amma / Ahmad Wan Abd Rahman. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini membincangkan mengenai aspek kala gaya bahasa nafi dalam Juz ‘Amma. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti aspek kala dalam gaya bahasa nafi bahasa Arab dan menganalisis penggunaan gaya bahasa nafi dalam al-Quran al-Karim dan hubung kaitnya dengan unsur kala dalam Juz ‘Amma. Tiga instrumen digunakan dalam kajian ini, iaitu penelitian (istiqrā’), deskriptif dan analisis data. Instrumen penelitian (istiqra’) dan deskriptif digunakan untuk mengenal pasti aspek kala dalam gaya bahasa nafi bahasa Arab, manakala instrumen analisis data digunakan untuk menganalisis penggunaan gaya bahasa nafi dalam Juz ‘Amma dan hubung kaitnya dengan unsur kala. Hasil kajian mendapati terdapat tiga aspek kala yang dapat diterjemahkan untuk dikaitkan dengan sembilan kata peranti nafi iaitu kala lampau, kala kini dan masa hadapan. Keputusan analisis yang dibuat mendapati terdapat lapan daripada sembilan kata peranti nafi dalam Juz ‘Amma yang mempunyai hubung kait dengan ketiga-tiga unsur kala tersebut. Kesimpulannya, pemilihan kata peranti nafi yang tepat dengan binaannya serta unsur kala yang sesuai akan membentuk ayat yang sempurna maknanya dan seterusnya memberi kefahaman kepada maksud yang ingin disampaikan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Gaya Bahasa Nafi; Juz ‘Amma; Kata peranti nafi
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 26 Jun 2015 21:29
    Last Modified: 25 Nov 2021 03:30
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5502

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item