Hubungan kecergasan fizikal, kecerdasan emosi dan kecenderungan seksual dalam kalangan remaja perempuan berumur 17 tahun. / Rohana bt Yahya

Rohana, Yahya (2015) Hubungan kecergasan fizikal, kecerdasan emosi dan kecenderungan seksual dalam kalangan remaja perempuan berumur 17 tahun. / Rohana bt Yahya. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (4Mb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (205Kb) | Preview

      Abstract

      Kecenderungan seksual dalam kalangan remaja perempuan di Malaysia merupakan isu terkini dan sentiasa menjadi perhatian umum. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan gejala sosial berlaku. Walau bagaimanapun kurang data empirikal yang melihat isu ini dari perspektif kecergasan fizikal. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka secara mendalam hubungan antara pembolehubah kecergasan fizikal, kecerdasan emosi dan kecenderungan seksual remaja perempuan berumur 17 tahun di Malaysia. Kajian ini berbentuk kuantitatif melibatkan 120 remaja perempuan (n=120) yang dipilih secara rawak. Tiga jenis ujian iaitu ujian kecergasan fizikal, soal selidik MSCEIT dan Kecenderungan Seksual Ana diguna untuk mendapatkan data. Kajian juga mengenalpasti konstruk yang mempengaruhi kecenderungan seksual dan memeriksa hubungan antara ketiga-tiga pembolehubah menggunakan Analisis laluan. Dalam ujian regresi pelbagai, konstruk kesan bersukan menyumbang sebanyak 63%, kecenderungan seksual 60%, perasaan keintiman dan seks sukarela menyumbang 60% manakala konstruk emosi dan kognisi disingkirkan kerana nilai beta in yang kecil (β=.085). Penemuan ini membawa maksud konstruk kesan bersukan, perasaan keintiman dan keinginan seksual mempunyai pengaruh yang sederhana terhadap kecenderungan seksual remaja perempuan.Selain itu kajian ini juga menganalisis kesepadanan model kecenderungan seksual. Analisis SEM menggunakan AMOS dilakukan untuk tujuan ini. Hasil analisis mendapati model kecenderungan seksual yang dihasilkan adalah sepadan dengan data kajian.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Pusat Sukan, Universiti Malaya, 2015.
      Uncontrolled Keywords: Kecerdasan emosi; Seksual; Remaja Perempuan
      Subjects: Q Science > QP Physiology
      Divisions: Sports Centre
      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
      Date Deposited: 27 Jun 2015 11:31
      Last Modified: 27 Jun 2015 11:31
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5508

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item