Konservasi biodiversiti menurut etika-perundangan Islam: Kajian terhadap kawasan perlindungan di Malaysia / Mohd Istajib bin Mokhtar

Mohd Istajib, Mokhtar (2015) Konservasi biodiversiti menurut etika-perundangan Islam: Kajian terhadap kawasan perlindungan di Malaysia / Mohd Istajib bin Mokhtar. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (6Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian kualitatif ini menganalisis isu-isu konservasi biodiversiti dari perspektif etikaperundangan Islam. Status quo kepupusan biodiversiti di dunia terutama di negaranegara Islam sangat membimbangkan. Sedangkan Islam telah menggariskan nilai-nilai etika dan prinsip-prinsip perundangan serta sistem kawasan perlindungan tradisional (al-hima) tetapi belum diterjemahkan dalam bentuk yang praktikal dan fleksibel dengan polisi dan amalan kontemporari. Sejajar dengan kecenderungan global yang mempromosikan kawasan perlindungan berasaskan pendekatan agama, kajian ini akan mengkaji pendekatan perundangan Islam dan membandingkannya dengan perundangan semasa. Kajian kes kolektif telah dijalankan di: 1) Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia; 2) Tabung Alam Sedunia (WWF-Malaysia) dan; 3) Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Kajian ini mendapati bahawa etika-perundangan Islam berpotensi untuk diintegrasikan menerusi aspek kemampanan/sustainability (istidamah), berjaga-jaga/precautionary (ihtiyat), perkongsian faedah/benefit sharing (ishtirak) dan halal-haram dalam pemburuan (istiyad). Kawasan Perlindungan di Semenanjung Malaysia didapati selaras dengan al-hima terutama dari aspek pemilikan awam tetapi penguatkuasaannya masih lemah disebabkan undang-undangnya yang bersegmen dan pertindihan bidang kuasa antara kerajaan pusat dan negeri. Usaha mengetengahkan pendekatan Islam dalam aktiviti konservasi masih baru dan asing di Malaysia. Terdapat inisiatif yang menerapkan nilai etika tetapi tidak ke tahap mengaplikasikan prinsip perundangan Islam. Kajian ini menghujahkan bahawa semakin banyak undangundang, semakin banyak masalah etika seperti korupsi dan manipulasi undangundang. Hal ini menjustifikasikan keperluan pendekatan agama namun masih kurang diberi perhatian oleh pihak-pihak berkepentingan/pemegang taruh.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Konservasi biodiversiti; Etika-perundangan Islam
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 25 Jun 2015 09:43
    Last Modified: 25 Jun 2015 09:43
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5516

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item