Iimplementasi skim pampasan mangsa kecederaan jenayah melalui takaful di Malaysia : Satu kajian perbandingan dan tinjauan pelaksanaan di negara-negara barat / Mohd Sadad bin Mahmud

Mohd Sadad, Mahmud (2013) Iimplementasi skim pampasan mangsa kecederaan jenayah melalui takaful di Malaysia : Satu kajian perbandingan dan tinjauan pelaksanaan di negara-negara barat / Mohd Sadad bin Mahmud. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (134Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (30Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (377Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (107Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (100Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (200Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (101Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (165Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (3864Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (37Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (35Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (27Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF
                          Download (84Kb) | Preview
                            [img]
                            Preview
                            PDF
                            Download (1044Kb) | Preview
                              [img]
                              Preview
                              PDF
                              Download (195Kb) | Preview
                                [img]
                                Preview
                                PDF (Full Text)
                                Download (10Kb) | Preview

                                  Abstract

                                  Skim pampasan mangsa kecederaan jenayah merupakan suatu kaedah yang dilaksanakan di negara-negara barat untuk membela dan melindungi mangsa kecederaan jenayah. Statistik kes-kes kecederaan dan kematian akibat perbuatan jenayah di Malaysia telah menunjukkan peningkatan daripada 7,355 kes pada tahun 1999 kepada 11,096 kes pada tahun 2009. Undang-undang sedia ada pula lebih menfokuskan aspek hukuman kepada pelaku jenayah sedangkan mangsa kecederaan jenayah dibiarkan sendirian menanggung beban kewangan, penderitaan fizikal dan mental. Keadaan ini amat membimbangkan kita. Malangnya, Malaysia belum lagi mempunyai skim pampasan mangsa kecederaan jenayah walaupun ianya dianjurkan oleh Islam. Apabila berlakunya sesuatu kejadian jenayah barulah kerajaan dan masyarakat akan mengambil tindakan segera membantu mangsa jenayah. Namun, tindakan sebegini hanya bersifat adhoc sahaja. Suatu badan rasmi yang formal perlu ditubuhkan segera untuk melaksanakan skim pampasan ini. Justeru itu, pembahasan kajian ini akan membuat cadangan kepada pihak kerajaan Malaysia supaya skim pampasan mangsa kecederaan jenayah dapat dilaksanakan melalui takaful Tambahan pula, belum ada lagi pengendali takaful yang menawarkan skim takaful kepada mangsa kecederaan jenayah di Malaysia. Kajian ini akan membuat perbandingan dan tinjauan pelaksanaan di negara-negara barat dengan konsep-konsep Islam seperti qisas, diyat dan aqilah. Kajian ini akan melihat keperluan dan kepentingan pihak kerajaan berdasarkan teori viktimologi dan saranan Deklarasi 40/34, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengambil peranan dan tanggungjawab bagi melaksanakan skim pampasan ini. Kerajaan mempunyai saluran-saluran tertentu untuk menjayakan cadangan ini seperti penambahbaikan undang-undang melalui seksyen 426, Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, penambahan sektor penerima bantuan kebajikan melalui Tabung Amanah Perwira & Pertahanan Negara dan Skim Insurans 1Azam atau Kar1sma. Akhirnya kajian ini akan menilai kemampuan dan fleksibiliti takaful di dalam pelaksanaan skim pampasan mangsa kecederaan jenayah. Perkara ini merupakan suatu persoalan yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan untuk membela dan melindungi mangsa kecederaan jenayah di Malaysia.

                                  Item Type: Thesis (PhD)
                                  Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Institute of Graduate Studies, , University of Malaya, 2013.
                                  Uncontrolled Keywords: Takaful; Malaysia; Insurance
                                  Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
                                  H Social Sciences > HJ Public Finance
                                  H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
                                  Divisions: Institute of Graduate Studies
                                  Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                                  Date Deposited: 30 Jun 2015 09:04
                                  Last Modified: 30 Jun 2015 09:04
                                  URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5542

                                  Actions (For repository staff only : Login required)

                                  View Item