Pemilihan perkataan dan struktur morfologi dalam surah Al-Fatihah / Mat Taib Bin Pa

Mat Taib, Pa (2012) Pemilihan perkataan dan struktur morfologi dalam surah Al-Fatihah / Mat Taib Bin Pa. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (428Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (448Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1632Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (1933Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (954Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (421Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (225Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF (Full Text)
                Download (29Kb) | Preview

                  Abstract

                  Kajian ini membincangkan mengenai pemilihan perkataan dan struktur morfologi dalam al-Quran al-Karim secara amnya dan surah al-Fatihah secara khasnya. Ini adalah kerana perkataan Arab boleh dilihat daripada beberapa sudut makna, iaitu makna tersurat, makna tersirat, makna majazi dan makna kinayah. Di samping itu, ia juga boleh dilihat dari sudut sinonim, polisemi dan taḍaadd. Dari aspek morfologi pula, perkataan Arab mempunyai banyak pola kata yang mempunyai perbezaan yang halus dan terperinci bukan sahaja antara kategori yang berlainan, malah antara kategori yang sama. Persoalan yang timbul ialah bagaimana pemilihan itu dilakukan? Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sebab dan rahsia pemilihan perkataan dan struktur morfologi yang digunakan dalam al-Quran al-Karim secara amnya. Ia juga bertujuan membuat satu “analisis bahasa” yang bersepadu dari dua aspek utama, iaitu perkataan dan struktur morfologi terhadap surah al-Fatihah yang mempunyai banyak keistimewaan. Oleh itu, method yang digunakan ialah method kajian perpustakaan dan analisis serta perbandingan. Kajian ini dibahagikan kepada lima bab dengan bab pertama sebagai pengenalan. Bab kedua menganalisis pemilihan perkataan dalam al-Quran al-Karim dari sudut-sudut yang disebutkan tadi dan bab ketiga menganalisis pemilihan struktur morfologi dalam al-Quran al-Karim. Manakala bab keempat menganalisis pemilihan perkataan dan struktur morfologi dalam surah al-Fatihah secara khusus. Bab kelima merupakan rumusan kajian dan cadangan. Dapatan umum kajian ini mendapati bahawa perkataan dan struktur morfologi dalam al-Quran al-Karim dipilih atas sebab yang sangat halus dan terperinci berkaitan makna dengan mengeksploitasi ciri kehalusan perkataan dan kepelbagaian pola perkataan yang menjurus ke arah makna yang tepat, halus, ringkas, padat dan luas berdasarkan kontaks ayat. Hal ini menyerlahkan al-Quran al-Karim sebagai satu-satunya kitab mukjizat yang tiada tandingannya sama sekali.

                  Item Type: Thesis (PhD)
                  Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2012.
                  Uncontrolled Keywords: Pemilihan perkataan; Struktur morfologi; Surah Al-Fatihah
                  Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                  Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
                  Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                  Date Deposited: 24 Jun 2015 11:11
                  Last Modified: 24 Jun 2015 11:11
                  URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5592

                  Actions (For repository staff only : Login required)

                  View Item