Pembinaan dan penilaian modul pengajaran pola ayat Bahasa Arab / Gazilah Binti Mohd.Isa

Gazilah, Mohd.Isa (2011) Pembinaan dan penilaian modul pengajaran pola ayat Bahasa Arab / Gazilah Binti Mohd.Isa. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (5Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (6Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (61Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (10Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (8Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (60Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (443Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (524Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (628Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (438Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (401Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (519Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF
                          Download (199Kb) | Preview
                            [img]
                            Preview
                            PDF
                            Download (221Kb) | Preview
                              [img]
                              Preview
                              PDF
                              Download (3518b) | Preview
                                [img]
                                Preview
                                PDF
                                Download (5Kb) | Preview
                                  [img]
                                  Preview
                                  PDF
                                  Download (109Kb) | Preview
                                    [img]
                                    Preview
                                    PDF
                                    Download (299Kb) | Preview
                                      [img]
                                      Preview
                                      PDF
                                      Download (96Kb) | Preview
                                        [img]
                                        Preview
                                        PDF
                                        Download (68Kb) | Preview
                                          [img]
                                          Preview
                                          PDF
                                          Download (6Kb) | Preview
                                            [img]
                                            Preview
                                            PDF
                                            Download (117Kb) | Preview
                                              [img]
                                              Preview
                                              PDF
                                              Download (271Kb) | Preview
                                                [img]
                                                Preview
                                                PDF
                                                Download (277Kb) | Preview
                                                  [img]
                                                  Preview
                                                  PDF (Full Text)
                                                  Download (231Kb) | Preview

                                                    Abstract

                                                    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis masalah pelajar dalam membina ayat bahasa Arab dari aspek sintaksis, leksikal dan morfologi, membangunkan modul pengajaran pola ayat bahasa Arab dan menilai keberkesanan modul pengajaran tersebut. Model Rekabentuk Pengajaran Dick & Carey (2005) telah dijadikan asas dalam membangunkan modul pengajaran dan Model Analisis Keperluan Brindley (1989) telah diaplikasi dalam menganalisis keperluan pelajar. Di samping itu, teori pembelajaran Bandura (1986) telah digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran modul dan Taksonomi Gronlund (1982) dijadikan kerangka asas dalam menilai keberkesanan modul. Kajian ini dibahagikan kepada dua fasa. Pertama, rekabentuk kajian deskriptif iaitu menganalisis masalah tatabahasa pelajar dan kedua, rekabentuk kajian kuasi-eksperimen iaitu membangun dan menilai keberkesanan modul pengajaran pola ayat bahasa Arab. Seramai 178 sampel terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini adalah soal selidik analisis keperluan, ujian diagnostik, ujian pra, dan ujian pos. Dapatan kajian menunjukkan aspek sintaksis merupakan aspek yang paling sukar dikuasai oleh pelajar dalam membina ayat-ayat yang gramatis dengan lebih 80% pelajar berada di tahap yang lemah dan sederhana. Dalam aspek leksikal pula, lebih 70% pelajar berada di tahap yang sederhana dan lemah. Manakala dalam aspek morfologi, lebih 50% pelajar berada di tahap sederhana dan lemah. Dalam menilai keberkesaan modul pengajaran pola ayat bahasa Arab iii yang dibangunkan pengkaji, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan skor ujian pra dan ujian pos di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian mendapati pelajar yang menjalani rawatan menggunakan modul pengajaran pola ayat bahasa Arab mendapat pencapaian yang lebih tinggi daripada pelajar kumpulan kawalan yang menggunakan pendekatan pengajaran tradisional. Ini menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran pola ayat bahasa Arab menggunakan modul lebih berkesan untuk meningkatkan kemahiran pelajar membina ayat bahasa Arab. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan keberkesanan penggunaan modul pengajaran pola ayat bahasa di antara pelajar SMKA dan KAA. Walaupun pencapaian pelajar kumpulan rawatan SMKA dan KAA meningkat dalam membina ayat bahasa Arab, namun pencapaian pelajar kumpulan rawatan di sekolah KAA lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan pencapaian pelajar di SMKA. Berdasarkan dapatan kajian ini, satu Model Modul Pengajaran Pola Ayat Bahasa Arab telah dicadangkan. Diharap modul pengajaran pola ayat bahasa yang dibangunkan ini akan menyumbang kepada penemuan pedagogi baru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia

                                                    Item Type: Thesis (PhD)
                                                    Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2011.
                                                    Uncontrolled Keywords: Bahasa Arab; Pengajaran; Pembelajaran
                                                    Subjects: L Education > L Education (General)
                                                    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
                                                    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                                                    Date Deposited: 23 Jun 2015 15:46
                                                    Last Modified: 23 Jun 2015 15:46
                                                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5616

                                                    Actions (For repository staff only : Login required)

                                                    View Item