Rational discovery of dengue type 2 non-competitive inhibitors / Heh Choon Han

Heh, Choon Han (2012) Rational discovery of dengue type 2 non-competitive inhibitors / Heh Choon Han. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (6Mb) | Preview

    Abstract

    Pelbagai kajian telah dijalankan dalam pembangunan terapeutik terhadap jangkitan dengue. Malah, kini, vaksin mahupun ejen anti-dengue yang berkesan masih belum ditemui. Dalam kajian ini, kami memberi tumpuan pada penemuan drug yang rasional terhadap ejen anti-dengue yang berpotensi dengan merujuk pada perencatan protease DEN-2 NS2B-NS3 yang tidak kompetitif. Sebuah model homologi, DH-1, untuk DEN-2 NS2B-NS3 (yang menggunakan kompleks protease West Nile Virus NS2B-NS3, 2FP7, sebagai rujukan) telah digunakan sebagai reseptor sasaran untuk reka bentuk tersebut. Pinostrobin, suatu flavanone, telah digunakan sebagai ligan piawai dalam kajian ini. Sejumlah 13,341 sebatian kecil, berstruktur yang mengandungi tulang belakang chalcone, flavanone and flavone, yang terdapat daripada pangkalan data yang bernama ZINC, telah digunakan untuk penyaringan maya. Keputusan penyaringan menghasilkan molekul yang mempunyai daya ikatan lebin kuat terhadap reseptor berbanding dengan ligan piawai. Cerakin perencatan terhadap aktiviti proteolitik DEN-2 NS2B-NS3 daripada sebatian terpilih yang berkedudukan tinggi dalam keputusan penyaringan menunjukkan perencatan lebin baik yang signifikan berbanding dengan ligan piawai, pinostrobin. Kesimpulannya, melalui cara rasional, kami telah berjaya menemui perencat yang berpotensi sebagai langkah pertama penemuan ejen anti-dengue. Sebatian 1 telah didapati menunjukkan aktiviti perencatan yang terbaik dengan Ki exp in vitro bernilai 69 ± 9 μM. Kami juga mencadangkan satu sebatian petunjuk atau farmakofor yang berpotensi untuk perencat tidak kompetitif terhadap protease DEN-2 NS2B-NS3.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (M. Med. Sc.) -- Department of Pharmacy, Faculty of Medicine, University of Malaya, 2013
    Uncontrolled Keywords: Dengue virus; Dengue--Prevention & control; Dengue--Prevention & control; Dengue--Therapy; Vaccination
    Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
    Divisions: Faculty of Medicine
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 19 Jun 2015 14:32
    Last Modified: 19 Jun 2015 14:32
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5653

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item