Analisis struktur ayat dalam Surah Maryam : satu kajian i'jaz al-Qur'an / Norazamudin bin Umar

Umar, Norazamudin (2012) Analisis struktur ayat dalam Surah Maryam : satu kajian i'jaz al-Qur'an / Norazamudin bin Umar. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (158Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (228Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (310Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (472Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (492Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (670Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (916Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (163Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (258Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (259Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF (Full Text)
                      Download (104Kb) | Preview

                        Abstract

                        Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti konsep i،ja:z al-Qur’a:n dan secara khususnya i،ja:z baya:niyy, menghurai perhubungan yang terjalin antara struktur ayat bahasa Arab dan disiplin ilmu i’ja:z al-Qur’a:n dan menganalisis surah Maryam. Kajian dijalankan menggunakan metodologi kualitatif berasaskan teori-teori i،ja:z al-Qur’a:n, ilmu ma،a:ni:, konstruksi (nazm al-Qur’a:n) dan analisis wacana. Kajian berhubung teori i،ja:z al-Qur’a:n mandapati i،ja:z berlaku dalam pelbagai dimensi iaitu balaghah (baya:niyy), perkara-perkara ghaib, pensyariatan, ilmiah, penggunaan angka (،adadiyy) dan psikologi. Kajian juga meneliti beberapa bentuk elemen i،ja:z baya:niyy iaitu penggunaan kata tugas, pemilihan perkataan, fa:silat dan balaghah kepelbagaian Qira’at. Kajian struktur ayat mendapati perubahan-perubahan dalam struktur ayat berupa ta،ri:f dan tanki:r; i:ja:z dan itna:b; dan penegasan berfungsi dari aspek balaghahnya dan menjadi dalil i،ja:z. Fungsi balaghah tersebut ialah memuliakan, mengagungkan, memuji, menghina, membawa maksud yang umum, mengelakkan daripada mengaibkan seseorang, menggambarkan psikologi penutur, menyatakan kebanggaan, menarik perhatian, menjelaskan sebab, menyindir kebodohan, memberi berita gembira atau mengancam, menegaskan, berdoa, meminta belas kasihan dan menyelamatkan seseorang. Analisis struktur ayat dalam surah Maryam pula mendapati al-Qur’an sangat tepat dalam penggunaan ta،ri:f dan tanki:r, penegasan serta i:ja:z dan itna:b. Antara i،ja:z dalam gaya bahasa tersebut ialah penggunaan alif-la:m pada satu perkataan yang membawa pelbagai maksud, penggunaan ida:fat yang tertentu yang membezakan antara dua kumpulan manusia atau memuliakan seseorang. Penggunaan gaya bahasa penegasan dalam surah Maryam juga bertepatan dengan mesej yang ingin disampaikan. Kajian turut mendapati terdapat pelbagai bentuk i:ja:z dan itna:b yang digunakan dalam surah Maryam, bertepatan dengan mesej yang ingin disampaikan dalam surah tersebut.

                        Item Type: Thesis (PhD)
                        Additional Information: Thesis (Ph.D) -- Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-Bahasa Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, 2012
                        Uncontrolled Keywords: al-Qur'an--Surat Maryam--Language, style; al-Qur'an--Language, style; Arabic language--Rhetoric
                        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                        P Language and Literature > P Philology. Linguistics
                        Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
                        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                        Date Deposited: 28 Jul 2015 10:20
                        Last Modified: 28 Jul 2015 10:20
                        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5664

                        Actions (For repository staff only : Login required)

                        View Item