Penggunaan multimedia dalam pengajaran bahasa Arab : satu kajian kes / Sharifah Fatimah binti Wan Jamel

Wan Jamel, Sharifah Fatimah (2013) Penggunaan multimedia dalam pengajaran bahasa Arab : satu kajian kes / Sharifah Fatimah binti Wan Jamel. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan tentang penggunaan multimdedia dalam pengajaran bahasa Arab. Tinjauan terhadap persepsi guru dan pelajar tentang penggunaan perisian serta perintegrasian multimedia dalam pedagogi pengajaran bahasa Arab serta tinjauan terhadap persepsi pelajar tentang penggunaannya dalam penguasaan kemahiran belajar telah dijalankan berdasarkan objektif khusus kajian. Elemen-elemen multimedia yang berkesan dalam pengajaran al-Qawā'id al-'Arabiyyah yang sesuai dengan pangajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah juga dibincangkan untuk mengukuhkan dapatan. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Temu bual dan pemerhatian digunakan untuk pengumpulan data daripada informan untuk mendapatkan maklumat tentang proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang dijalankan manakala soal selidik digunakan untuk meninjau persepsi pelajar tentang penggunaan dan penguasaan kemahiran belajar. Penyelidik telah menjalankan temu bual dengan lima (5) orang guru dan 19 orang pelajar tingkatan empat yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di negeri Sarawak. Seramai 502 orang pelajar terlibat dengan soal selidik bagi mendapatkan persepsi mereka tentang penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran bahasa Arab. Hasil kajian menunjukkan penggunaan perisian multimedia memainkan peranan penting dalam pengajaran bahasa Arab. Ini kerana ia boleh merangsang domain kognitif pelajar agar mesej pengajaran yang disampaikan boleh difahami dan diingati dalam jangka masa yang lama. Selain itu, pengintegrasian elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, animasi dan warna yang dipaparkan melalui laman utama dan antara muka memberi kesan yang mendalam dalam menggalakkan proses mental dan mengaktifkan deria dan minda pelajar di dalam bilik darjah terutamanya pelajar yang mempunyai aras pengetahuan dan kecekapan yang rendah (low- knowledge level). Multimedia juga berperanan merangsang domain afektif pelajar kerana proses penyaluran mesej berlaku dalam keadaan yang bermakna dan berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran melalui perantaraan multimedia juga bertindak sebagai perangsang kepada domain psikomotor pelajar kerana wujud interaksi bermakna antara guru, pelajar dan bahan pengajaran. Pelajar bertindak secara responsif kerana wujud rasa yakin diri (self-esteem) di kalangan mereka. Satu reka bentuk perisian multimedia yang menepati ciri- ciri reka bentuk bahan pengajaran harus dibina untuk mata pelajaran bahasa Arab untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) di Malaysia. Perisian multimedia yang dibina yang menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) hendaklah disediakan di sekolah-sekolah tersebut agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara bermakna, seterusnya dapat meningkatkan prestasi pelajar di dalam peperiksaan awam.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013
    Uncontrolled Keywords: Arabic language--Study and teaching--Sarawak--Methodology; Arabic language--Study and teaching--Sarawak--Interactive multimedia--Case studies
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    P Language and Literature > PJ Semitic
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 23 Jul 2015 11:19
    Last Modified: 23 Jul 2015 11:19
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5743

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item