Al-Sakkakiy dan peranannya dalam perkembangan ilmu balaghah / Athaillah bin Junaidy

Junaidy, Athaillah (2012) Al-Sakkakiy dan peranannya dalam perkembangan ilmu balaghah / Athaillah bin Junaidy. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (311Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (194Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1199Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (1131Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (907Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (2899Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (135Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF (Full Text)
                Download (221Kb) | Preview

                  Abstract

                  Tesis ini berjudul “AL-SAKKAKIY DAN PERANANNYA DALAM PERKEMBANGAN ILMU BALAGHAH”. Fokus utama dalam kajian ini ialah meneliti dan meninjau sejauh mana peranan al-Sakkakiy dalam perkembangan ilmu balaghah. Untuk merealisasikan objektif kajian ini penulis telah mengumpulkan data-data dengan menggunakan metode dokumentasi dan persejarahan. Metode ini digunakan untuk mencari, mendapat dan menilai keabsahan dokumen yang berkaitan dengan subjek kajian. Antara dokumen yang berkaitan ialah penulisan-penulisan yang berkaitan dengan al-Sakkky dan karya-karya dalam bidang balaghah. Dalam menganalisis data yang terkumpul penulis menggunakan metode deduktif, induktif dan komparatif. Dalam kajian ini penulis mengemukakan latar belakang ilmu balaghah, termasuk definisi balaghah, pembahagian ilmu balaghah, peranan ilmu balaghah dan kedudukannya dalam bahasa Arab, sejarah ringkas pertumbuhan ilmu balaghah, dan pengasas ilmu balaghah, Di samping itu penulis mengemukakan serba ringkas mengenai biografi al-Sakkakiy, termasuk kelahirannya, pendidikannya, pengikutnya, karyanya, pengaruhnya dalam bidang balaghah, metodologinya dalam Miftah al-‘Ulum dan komen para ulama silam dan terkini terhadapnya. Seterusnya penulis juga memperkenalkan tokoh-tokoh balaghah sebelum al-Sakkakiy, khasnya Ibn al-Mu„tazz, Usmat bin Munqidh dan al-Jurjny. Kemudian penulis mengemukakan aspek-aspek balaghah yang dibincangkan oleh al-Sakkakiy dalam kitab Miftah al-‘Ulum iaitu satu-satunya karya beliau yang membincangkan bidang balaghah. Penulis mendapati bahawa peranan al-Sakkakiy dalam perkembangan ilmu balaghah adalah sangat besar sekali. Beliau adalah pelopor yang membahagikan ilmu balaghah kepada tiga bahagian, iaitu; ilmu ma„ani, ilmu bayan dan ilmu badi„. Beliau juga merupakan orang pertama yang membincangkan bidang balaghah secara sistematik dan berbeza dengan perbahasan-perbahasan sebelumnya, sehingga karyanya Mift al-‘Ulm mendapat perhatian besar daripada para ulama selepasnya, seperti Badr al-Dn bin Mlik, al-Qazwny dan banyak lagi.

                  Item Type: Thesis (PhD)
                  Additional Information: Thesis (Ph.D) -- Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, 2012
                  Uncontrolled Keywords: Arabic language--Rhetoric
                  Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
                  Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
                  Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                  Date Deposited: 23 Jul 2015 11:23
                  Last Modified: 23 Jul 2015 11:23
                  URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5745

                  Actions (For repository staff only : Login required)

                  View Item