Amalan nilai Islam dan kejayaan perusahaan kecil dan sederhana di Kelantan dan Selangor / Suhaila bt Abdul Kadir

Abdul Kadir, Suhaila (2012) Amalan nilai Islam dan kejayaan perusahaan kecil dan sederhana di Kelantan dan Selangor / Suhaila bt Abdul Kadir. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (147Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (2419Kb) | Preview

      Abstract

      Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan ekonomi negara. Justeru, semakin ramai usahawan yang menjadikan bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan utama mereka. Maka, tidak hairan ramai usahawan yang berlumba-lumba mengejar keuntungan sehingga ada di antara mereka yang meminggirkan nilai-nilai agama semata-mata untuk mencapai kejayaan masing-masing. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara ciri-ciri keusahawanan (ciri usahawan, tingkah laku, kemahiran dan efikasi kendiri) terhadap kejayaan PKS. Selain itu, kajian juga membuat analisis hubungan antara nilai Islam dan kejayaan PKS. Di samping itu, nilai Islam sebagai moderator perhubungan antara ciri-ciri keusahawanan (ciri usahawan, tingkah laku, kemahiran dan efikasi kendiri) dan kejayaan juga dikaji. Berdasarkan analisis regresi berganda, dapatan kajian menunjukkan kemahiran dan efikasi kendiri mempunyai pengaruh positif dan signifikan ke atas kejayaan PKS. Manakala tingkah laku mempunyai pengaruh signifikan dan negatif. Namun begitu, ciri usahawan tidak mempengaruhi kejayaan PKS. Faktor saiz perusahaan menunjukkan pengaruh positif dan signifikan. Jenis industri dan tahap pendidikan pula tidak mempengaruhi kejayaan PKS. Manakala usia perusahaan pula menunjukkan dapatan yang signifikan dan negatif. Penemuan kajian juga menunjukkan nilai Islam merupakan moderator perhubungan antara efikasi kendiri, kemahiran dan ciri usahawan ke atas kejayaan. Namun sebaliknya tidak berlaku kepada tingkah laku usahawan. Analisis kajian ini berjaya membuktikan bahawa nilai Islam merupakan faktor penting dalam mempengaruhi kejayaan PKS. Penemuan kajian ini mencadangkan beberapa usaha dalam melahirkan usahawan yang dapat memahami, menerima dan mempraktikkan amalan nilai Islam dalam urusan perniagaan mereka. Justeru, usahawan perlu mengasuh diri mereka supaya menjadi lebih jujur, beristiqamah serta tidak terlibat dalam perniagaan yang ditegah oleh syarak dan undang-undang. Di samping itu, semua pihak termasuk pihak kerajaan mahupun swasta perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengembleng tenaga untuk memastikan bidang perusahaan kecil dan sederhana ini mampu berdaya saing dengan dunia luar. Untuk kajian pada masa hadapan diharapkan pengkaji dapat memasukkan faktor-faktor lain yang mungkin dapat mempengaruhi kejayaan PKS yang tidak di sentuh dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini hanya memfokus kepada amalan yang terdapat pada agama Islam sahaja, bagi kajian pada masa akan datang diharap dapat meneroka lebih banyak lagi nilai agama yang terdapat dalam pada agama-agama lain yang mungkin menyumbang kepada kejayaan PKS.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (Ph.D) -- Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya, 2012
      Uncontrolled Keywords: Small business--Religious aspects--Islam; Small business--Malaysia--Kelantan; Small business--Malaysia--Selangor; Rural industries--Malaysia
      Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
      Divisions: Institute of Graduate Studies
      Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
      Date Deposited: 23 Jul 2015 11:13
      Last Modified: 23 Jul 2015 11:13
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5749

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item