Pengaruh keluarga terhadap pencapaian akademik murid India di sekolah menengah rendah / Ganesen a/l Kamoo

Kamoo, Ganesen (2013) Pengaruh keluarga terhadap pencapaian akademik murid India di sekolah menengah rendah / Ganesen a/l Kamoo. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (178Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (219Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1369Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (1824Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (139Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF (Full Text)
            Download (728Kb) | Preview

              Abstract

              Pendidikan adalah aset penting kepada setiap individu yang lahir dalam dunia. Keluarga pula merupakan penggerak utama kepada anak-anak untuk memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang. Sejak kebelakangan ini pencapaian akademik murid India di sekolah menengah rendah menghadapi pelbagai cabaran. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat penglibatan keluarga terhadap pencapaian akademik murid India di sekolah menengah rendah. Tujuan kajian ini adalah untuk menyelidik bagaimana aspek latar belakang keluarga, struktur keluarga, stail keibubapaan, pembentukan konsep kendiri murid serta aliran sekolah mempengaruhi pencapaian akademik murid India di sekolah menengah rendah. Seterusnya, pengkaji mencadangkan beberapa langkah dan strategi untuk mengurangkan masalah pencapaian akademik yang melibatkan keluarga terhadap murid India di sekolah menengah rendah. Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan 9 orang murid berketurunan India dari Tingkatan 2, di daerah Jasin, Melaka dan ibu bapa serta guru Tingkatan murid berkenaan. Mereka dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling) di mana kriteria pemilihan murid berdasarkan keputusan UPSR serta keputusan peperiksaan dalaman dan taraf sosioekonomi ibu bapa. Murid yang dipilih masing-masing merupakan 3 orang murid berpencapaian cemerlang, 3 orang murid berpencapaian sederhana dan 3 orang murid berpencapaian rendah. Kepelbagaian strategi pengumpulan data digunakan iaitu secara kaedah temu bual bersama murid, ibu bapa dan guru tingkatan, pemerhatian ke atas murid semasa mereka berada di sekolah dan di rumah serta analisis dokumen yang berkaitan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan metode perbandingan tekal (Constant Comparative Method). Dapatan kajian diperoleh hasil daripada triangulasi ketiga-tiga strategi tersebut. Dapatan kajian menunjukkan aspek latar belakang keluarga iaitu pendidikan ibu bapa, ketiadaan bapa di rumah, struktur keluarga, stail keibubapaan dan motivasi dari kalangan ibu bapa mempengaruhi pencapaian akademik murid. Keterlibatan golongan dewasa dalam struktur keluarga luas dalam mengawasi pergerakan anak-anak membantu dalam pembelajaran anak-anak mereka selain ibu bapa mengamalkan stail keibubapaan autoritatif. Hasil kajian memperlihatkan penglibatan langsung dan tidak langsung ibu bapa terhadap pencapaian akademik murid India di sekolah menengah rendah. Pembentukan konsep kendiri murid iaitu matlamat atau cita-cita, penguasaan 3M, pencapaian sekolah rendah, masalah disiplin, tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran, keinginan untuk belajar dan bertanya di dalam kelas serta hiburan turut mempengaruhi pencapaian akademik murid India di sekolah menengah rendah. Manakala aliran sekolah yang diikuti murid India sejak dari Tahun 1 hingga 6 di Sekolah Kebangsaan dan SJK(T)/(C) sebelum memasuki sekolah menengah kebangsaan tidak langsung mempengaruhi pencapaian akademik murid berkenaan di sekolah menengah rendah. Kumpulan murid dari sekolah jenis kebangsaan memperlihatkan prestasi pencapaian setaraf dengan murid dari sekolah kebangsaan.

              Item Type: Thesis (PhD)
              Additional Information: Ph.D -- Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 2013
              Uncontrolled Keywords: Indian students--Melaka--Jasin--Attitudes; Academic achievement--Melaka--Jasin; Education, Secondary--Parent participation--Melaka--Jasin
              Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
              Divisions: Faculty of Education
              Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
              Date Deposited: 23 Jul 2015 12:10
              Last Modified: 23 Jul 2015 12:10
              URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5751

              Actions (For repository staff only : Login required)

              View Item