Aplikasi tawarruq dalam sistem perbankan Islam: kajian di Bank Muamalat Malaysia Berhad / Mohd Izuwan bin Mahyudin

Mahyudin, Mohd Izuwan (2015) Aplikasi tawarruq dalam sistem perbankan Islam: kajian di Bank Muamalat Malaysia Berhad / Mohd Izuwan bin Mahyudin. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2012Kb) | Preview

    Abstract

    Sebagai sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya yang kedua, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) juga turut menawarkan produk-produk yang berasaskan kontrak bay‘ al-tawarruq. Oleh yang demikian, disertasi ini bertujuan untuk mengkaji prinsip asal pelaksanaan transaksi bay‘ al-tawarruq, pelaksanaan semasa transaksi tawarruq di BMMB dan beberapa isu yang timbul dalam pelaksanaan transaksi ini khususnya kesahihannya berdasarkan prinsip Syariah. Data kajian diperolehi daripada dua sumber iaitu sumber sekunder dan sumber primer. Antara sumber sekunder yang dirujuk ialah data dari perpustakaan, merujuk bahan-bahan rujukan seperti buku-buku, kertas kerja, jurnal-jurnal dan petikan akhbar. Sumber primer pula penyelidik perolehi melalui temubual bersama pegawai-pegawai di BMMB. Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa penggunaan platform Bursa Pasaran Komoditi (Bursa Suq al-Sila‘) oleh BMMB telah dapat mengatasi kebanyakan isu syariah yang dibangkitkan oleh para cendiakawan Islam di peringkat antarabangsa dalam pelaksanaan tawarruq munaẓẓam.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Tawarruq; Sistem perbankan Islam; Bank Muamalat Malaysia Berhad
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HG Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 29 Jul 2015 16:47
    Last Modified: 29 Jul 2015 16:47
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5759

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item