Wakaf kesihatan di Hospital Waqaf An-Nur : kajian dari perspektif ekonomi Islam / Norizah binti Mohamed @ Haji Daud

Mohamed @ Haji Daud, Norizah (2015) Wakaf kesihatan di Hospital Waqaf An-Nur : kajian dari perspektif ekonomi Islam / Norizah binti Mohamed @ Haji Daud. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (111Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (323Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (492Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (509Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (349Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (670Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (102Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (275Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF (Full Text)
                  Download (68Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (651Kb) | Preview

                      Abstract

                      Wakaf adalah satu bentuk kebajikan yang unik dalam ajaran Islam kerana ia adalah ibadah yang menggabungkan aspek kerohanian dan kehartaan. Wakaf mempunyai peranan besar dalam membantu pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan seperti kesihatan dan pendidikan kepada masyarakat. Ini jelas dapat dilihat ketika zaman kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu contohnya di zaman kerajaan Uthmaniyyah. Kajian ini membincangkan tentang peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh wakaf di Hospital Waqaf An-Nur (HWAN) dalam menyediakan perkhidmatannya kepada masyarakat setempat dari perspektif ekonomi Islam. Kesihatan adalah satu keperluan kepada semua, namun bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah kesihatan menjadi suatu perkara yang sangat mahal. Penubuhan hospital wakaf ini adalah untuk memberi dan menyediakan kemudahan rawatan penjagaan kesihatan dengan harga yang mampu dibiayai oleh masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah tanpa mengira bangsa dan agama. Data kajian ini diperolehi dengan menemubual para pesakit yang menerima rawatan di Hospital Waqaf An-Nur, Pengurus Operasi Hospital Waqaf An-Nur, kakitangan Hospital Waqaf An-Nur, Eksekutif Kanan Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) dan pakar akademik Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Selain itu metode observasi juga dilakukan bagi mengumpulkan data. Data daripada temubual tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan tema-tema yang berkaitan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa, peranan wakaf dalam penjagaan kesihatan di Hospital Waqaf An-Nur kepada masyarakat setempat dapat dilihat dengan mengenakan bayaran yang rendah kepada masyarakat dalam mendapatkan rawatan penjagaan kesihatan. Selain itu wakaf menjadi satu alternatif bagi membantu meringankan beban kewangan masyarakat dalam aspek penjagaan kesihatan kerana kos mendapatkan rawatan yang semakin meningkat dari tahun ke setahun.

                      Item Type: Thesis (Masters)
                      Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015
                      Uncontrolled Keywords: Wakaf kesihatan; Hospital Waqaf An-Nur; Kajian; Ekonomi Islam
                      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
                      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                      Date Deposited: 30 Jul 2015 18:01
                      Last Modified: 30 Jul 2015 18:01
                      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5760

                      Actions (For repository staff only : Login required)

                      View Item