Dahlan, Abdul Ghani (2015) The art of shadow play: Key frame animation for Wayang Kulit Kelantan / Dahlan Abdul Ghani. PhD thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Thesis PhD) Download (8Mb) | Preview |
Abstract
Seni Wayang Kulit merupakan salah satu keunikan dalam seni persembahan teater di Malaysia. Dalam usaha untuk memelihara dan mengekalkan keunikan khazanah warisan Wayang Kulit, UNESCO telah menetapkan Wayang Kulit sebagai nilai khazanah warisan seni kemanusiaan pada 7hb Oktober 2003. Namun, realitinya Wayang Kulit pada hari ini berada dalam keadaan kritikal dan semakin dilupakan khususnya di Malaysia. Justeru, kajian ini memperkenalkan satu kaedah animasi komputer 3D bagi menghasilkan Wayang Kulit khususnya Wayang Kulit Kelantan. Objektif kajian ini adalah bagi menerokai seni asas tradisional Wayang Kulit serta kaedah penggabungan menerusi teknik ‘Key frame’ komputer menerusi sejarah dan fakta Wayang Kulit. Selain itu, objektif kajian ini juga turut menilai tahap ‘expressitivity’ iaitu ciri-ciri atau permerhatian seni berdasarkan penghasilan Wayang Kulit animasi komputer 3D khususnya pada kumpulan sasar yang dibahagikan kepada dua iaitu pakar dan sebaliknya. Terdapat beberapa elemen utama yang akan dikaji dalam penyelidikan ini termasuklah rekabentuk patung, cahaya dan bayang, pergerakan atau animasi dan penceritaan (audio). Kajian ini menerusi pembangunan Wayang Kulit animasi 3D ini telah berjaya menemui beberapa aspek penting termasuklah peranan animasi 3D sebagai teknik serta media alternatif bagi memberi satu dimensi baru dalam dunia seni Wayang Kulit, penemuan ciri-ciri seni estetika atau “expressitivity” terutama pada rekabentuk patung serta pergerakan animasi Wayang Kulit 3D, serta penemuan secara “hypothesis” berkenaan hubungan 12 prinsip animasi Walt Disney didalam seni Wayang Kulit.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (PhD) - Faculty of Arts And Social Sciences, Universiti Malaya, 2015. |
Uncontrolled Keywords: | Art; Shadow play; Key frame animation; Wayang kulit; Kelantan |
Subjects: | N Fine Arts > NC Drawing Design Illustration N Fine Arts > NX Arts in general |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 08 Sep 2015 12:20 |
Last Modified: | 01 Oct 2021 08:07 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5870 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |