Pemahaman murid tahun lima tentang akhlak / Roshara'Madan b Mohd Hashim

Mohd Hashim, Roshara'Madan (2015) Pemahaman murid tahun lima tentang akhlak / Roshara'Madan b Mohd Hashim. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (2106Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (1846Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini yang berlandaskan perspektif bersepadu sejagat bertujuan untuk mengenal pasti pemahaman tentang akhlak yang dipunyai oleh murid Tahun Lima. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana pengetahuan tentang makna, hubungan, dan pembentukan akhlak yang dimiliki oleh murid Tahun Lima. Data bagi kajian ini merangkumi maklumat secara lisan dan bukan lisan yang dikumpulkan dari lapan orang murid Tahun Lima dalam tiga sesi temu duga klinikal yang membabitkan sembilan belas jenis aktiviti. Setiap sesi temu duga dirakamkan secara audio dan video yang mengambil masa selama 30 minit hingga 50 minit. Penganalisisan data membabitkan empat peringkat, iaitu transkripsi rakaman temu duga kepada bentuk bertulis, pembentukan kajian kes yang membabitkan pemerihalan tingkah laku subjek tentang aspek tertentu ‘akhlak’, penganalisisan merentasi subjek, dan pengenalpastian konsep akhlak yang dimiliki murid Tahun Lima. Dalam kajian ini, makna akhlak yang dipunyai oleh murid membabitkan perlakuan perkara baik yang disukai masyarakat dan diredhai Allah dalam kehidupan seharian. Dalam konteks hubungan akhlak pula, murid mentafsirkan bahawa akhlak mempunyai saling hubungan yang berkait dengan kepercayaan, perasaan, pemikiran, sikap, perbuatan, dan motivasi. Seterusnya, dalam konteks pembentukan akhlak, murid mentafsirkan bahawa ibu bapa, keluarga, dan rakan sebaya memainkan peranan utama dalam pembentukan akhlak murid. Kajian ini mendapati makna akhlak yang diberi murid hanya bertumpu kepada aspek luaran seperti kegiatan fizikal, sosial, dan budaya, yang mana kurang tumpuan diberikan kepada aspek kejiwaan atau dalaman individu. Seterusnya, murid menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara akhlak dengan aspek kepercayaan, pemikiran, sikap, perbuatan, dan motivasi serta membuktikan mereka mampu memberikan contoh untuk menunjukkan perkaitan yang bermakna di antara akhlak dengan aspek yang telah disebutkan itu. Akhirnya, implikasi ketiga membabitkan pembentukan akhlak yang mana murid menyatakan bahawa keluarga, ibu bapa, dan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak. Dalam hal ini, pihak ibu bapa dan sekolah perlu memberikan sokongan yang padu untuk merealisasikan pembentukan akhlak dalam kalangan murid, khususnya murid di sekolah rendah.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (Ph.D.) -– Faculty of Education, University of Malaya, 2015
      Uncontrolled Keywords: Pemahaman; Murid Tahun Lima; Akhlak; Perspektif bersepadu sejagat
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
      L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
      Date Deposited: 09 Sep 2015 11:11
      Last Modified: 09 Sep 2015 11:11
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5872

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item