Method of contemporary da'wa and it's role in religious awareness among young muslim : a study at the Faculty of Arts, University of Sabha, Libya / Mohammed Al Taher Mohammed Atiya

Mohammed Atiya, Mohammed Al Taher (2011) Method of contemporary da'wa and it's role in religious awareness among young muslim : a study at the Faculty of Arts, University of Sabha, Libya / Mohammed Al Taher Mohammed Atiya. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (65Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (1111Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (19Mb) | Preview

        Abstract

        Dewasa ini, kebanyakan pemuda Islam sedang rancak mengalami satu perubahan dan cabaran arus kemodenan sains yang bersifat duniawi. Kemodenan ini melihat kepada cara pemindahan sesuatu maklumat kepada manusia. Cabaran ini melihat kepada kemodenan capaian maklumat yang cuba diterapkan oleh para pemikir Barat ke dalam pemikiran umat Islam. Namun, setiap perubahan atau cabaran mengandungi kelebihan dan kelemahan. Begitu juga dengan kemodenan capaian sistem maklumat masa kini. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di antara sistem maklumat dahulu dan sekarang. Sepertimana yang kita ketahui, maklumat yang cuba di sampaikan oleh para anbia, para sahabat dan para ulama berjaya menyeru manusia kepada Islam yang sebenar. Hakikat arus kemodenan maklumat kini ternyata terdapat kelemahan yang negatif daripada positif. Kemodenan maklumat ini melihat kepada saluran media contohnya seperti internet, telefon, televisyen, radio dan sebagainya. Kelemahan dari aspek negatif dapat dilihat daripada pengaruh kelalaian pemuda muslim terhadap sesuatu saluran media. Contohnya internet yang banyak menyumbangkan kepada gejala sosial remaja. Namun kemodenan ini juga merupakan suatu peluang keemasan terhadap pendawah untuk mengguna pakai peluang dalam saluran dakwah. Pendekatan ini juga selaras dengan kemahuan sasaran dakwah yang perlu didakwah secara metode yang terkini mengikut kesesuaian perubahan zaman. Cabaran ini juga penting terhadap para pendakwah dalam mempersiapkan metode-metode dan isi dakwah yang akan cuba disampaikan kepada sasaran dakwah. Sebagai contohnya, dalam menyediakan keperluan pengkhutbah memerlukan LCD, komputer, dan saluran media yang lain sebagai usaha membantu memahamkan sasaran dakwah. Melalui saluran yang moden ini para pendakwah dapat mengasimilasikan kemodenan maklumat dalam arena dakwah dengan tujuan untuk menarik sasaran dakwah.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Manusia, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
        Uncontrolled Keywords: A study at the Faculty of Arts, University of Sabha, Libya
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
        Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
        Date Deposited: 10 Sep 2015 16:49
        Last Modified: 10 Sep 2015 16:49
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5879

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item