Manhaj al-Imamayn al-Sam`ani wa-al-Baghawi fi al-tafsir : dirasah muqaranah / Ibrahim M T Zyoud

Zyoud, Ibrahim M T (2013) Manhaj al-Imamayn al-Sam`ani wa-al-Baghawi fi al-tafsir : dirasah muqaranah / Ibrahim M T Zyoud. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan pemahaman tentang maksud kejayaan di dalam al-Quranul Karim dan menjelaskan kedudukan dan kelebihannya. Penulis telah membahagikan kajiannya kepada pendahuluan, lima fasa, dan penutup. Penulis telah membincangkan di dalam pendahuluannya tentang kepentingan ilmu khususnya ilmu Ulum Quran dan Tafsir. Di dalam fasa pertama, penulis membincangkan maksud kejayaan dalam konteks al-Quran dan perkataan lawannya. Setelah itu, penulis mengaitkannya dengan perbuatan akhlak yang mulia. Turut disertakan bersama hadis nabawi yang berkaitan dengan kejayaan. Fasa yang kedua, penulis membincangkan perkataan-perkataan yang hampir maksud dengan kejayaan (al-falah) di dalam al-Quran.Ada tiga perkataan yang hampir maksud dengan al falah iaitu alfauz, an-nasr, dan an-najah. Dijelaskan hubungan ketiga-tiganya dengan al-falah dan maksud setiap satunya. Pada fasa yang ketiga, dibincangkan sifat orang yang berjaya sebagaimana di dalam al-Quran. Ada enam sifat orang yang berjaya iaitu beriman kepada Allah, cinta kepada Rasulullah saw dan pengikutnya, menyuruh yang baik dan mencegah yang mungkar, berjihad pada jalan Allah, bersabar, dan sentiasa mengingati Allah swt. Semuanya dijelaskan dengan terperinci dengan persembahan yang menarik. Seterusnya pada fasa yang keempat, penulis menyebut beberapa penghadang yang menghalang seseorang dari mencapai kejayaan. Ada tiga penghadang yang besar iaitu kekafiran, kezaliman, dan perbuatan dosa besar. Setelah itu di dalam fasa yang kelima dan terakhir, penulis mendatangkan beberapa contoh orang yang telah berjaya. Penulis membawa secara ringkas contoh dari para sahabat seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, dan Uthman al-Affan r.a. Turut didatangkan kisah kaum Ansar r.a dan dijelaskan kejayaan mereka di dalam membantu Islam dan menyebarkan dakwahnya. Penulis menamatkan kajiannya dengan penutup dan disertakan beberapa noktah penting dalam kajiannya.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
    Uncontrolled Keywords: Sam'ani, Mansur ibn Muhammad, 1035-1096; Baghawi, al-Husayn ibn Mas`ud, -1117?; al-Qur'an--Criticism, interpretation, etc.
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 10 Sep 2015 11:57
    Last Modified: 10 Sep 2015 11:57
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5885

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item