al-Amn al-fikri fi al-'asr al-'Abbasi al-awwal (132H-232H) / Suhailah Siqqani

Siqqani, Suhailah (2010) al-Amn al-fikri fi al-'asr al-'Abbasi al-awwal (132H-232H) / Suhailah Siqqani. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (55Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini mengandungi cabaran-cabaran pemikiran yang di hadapi oleh kerajaan Abbasiah pada peringkat awal pemerintahannya dan mendedahkan pendirian para Khalifah dan ulama dalam usaha mencegahnya, disamping memelihara pemikiran Islami dari sebarang tindakan yang menggugat asas-asas agama dan aqidah orang Islam, Di samping itu ia juga menjelaskan kesan-kesannya dalam memelihara kepimpinan Negara Islam dan pembentukan masyarakat Islam. Kajian ini juga memaparkan gerakan-gerakan utama bukan Islam yang lahir dalam arena pemikiran dan politik ketika itu, yang berusaha memadamkan cahaya aqidah Islam dan mencabar sumber rujukan pemikiran dan kebudayaan Islam. Gerakan yang dimaksudkan itu adalah seperti al-Syu‘ubiyah, al-Khuramiyah, al-Babikiah dan al-Muqni‘iyyah. Dalam usaha menghadapi cabaran-cabaran tersebut, para khalifah menggunakan dua cara yang berbeza: Cara ketenteraan dan cara intelektual seperti perdebatan dan forum, khususnya dengan cendekiawan Mu‘tazilah. Adapun dalam usaha untuk memelihara kemuliaan ilmu dan pemikiran dalam masyarakat Islam, mereka menggalakan para ulama menyebarkan Sunnah dan Hadith mengumpul, dan memeliharanya dari sebarang pendustaan dan penyelewengan. Kesimpulan dari kajian ini adalah menjadi kewajiban umat Islam hari ini baik pemimpinnya dan ulama untuk mengambil faedah dan ikhtibar dari pengalaman dan sumbangan mereka Di samping melaksanakan apa yang sesuai untuk masyarakat hari ini dan juga yang akan datang. Kerana musuh Islam berusaha berterusan sehingga hari ini, tujuan dan objektif mereka adalah sama walupun bentuk, masa dan tempat mereka bertarung berbeza. Hasil perjuangan ini bergantung kepada sejauh mana kuat atau lemahnya kesedaran umat Islam dan kesedian untuk melaksanakannya. Jaminan sebenar dan asas utama kemuliaan pemikiran Islam itu adalah iltizam dan berpegang teguh dengan ajaran Islam: aqidah, syari‘ah, pemikiran, dan akhlaq.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Abbasids--History; Freedom of religion; Islamic Empire--History--750-1258
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic History & Civilization
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 10 Sep 2015 16:37
    Last Modified: 10 Sep 2015 16:37
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5886

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item