al-Athar al-waridah fi al-buyu' al-ribawiyah fi musannaf 'Abd al-Razzaq : takhrij wa-ta'liq / Bahaeeddine Mohamed Nidious

Nidious, Bahaeeddine Mohamed (2010) al-Athar al-waridah fi al-buyu' al-ribawiyah fi musannaf 'Abd al-Razzaq : takhrij wa-ta'liq / Bahaeeddine Mohamed Nidious. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (45Mb) | Preview

    Abstract

    Rumusan ini adalah untuk tesis yang dihantar ke Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith di Universiti Malaya untuk peringkat Ijazah Sarjana Usuluddin. Penulis membahagikan kajian ini kepada empat bahagian. Bahagian pertama merangkumi permasalahan yang dikaji, objektif kajian, metodologi, susunan kajian dan kajian terdahulu. Pada bahagian kedua, penulis membincangkan tentang latar belakang Abdurazak dan karyanya al-Mussanaf. Manakala pada bahagian ketiga, penulis menerangkan maksud al-bay', al-riba dan kedudukan hukum kedua-duanya dalam Islam. Bahagian keempat merupakan kajian menggunakan Athar iaitu sebanyak 134 buah hadis mengenai Buyu' al-Riba di dalam Musannaf Abdurazak. Penulis mengakhiri kajian ini dengan mengeluarkan satu statistik berdasarkan Athar dari hadis tersebut. Statistik yang diperolehi adalah seperti berikut: perinkat pertama (hadis Sahih) sebanyak 82 hadis diperolehi, ataupun 61%. Peringkat kedua (hadis Hassan) sebanyak 10, ataupun 7.5%. Manakala hadis yang dikategorikan sebagai lemah (hadis Dhaif) sebanyak 37 hadis, ataupun sebanyak 27.5%. Dan hadis yang sangat lemah (Dhaif Jiddan) sebanyak 2 hadis, ataupun 1.5%. Terdapat 3 athar sebanyak 2.5% yang ditinggalkan penulis disebabkan masalah untuk menentukan keaslian perawi hadis tersebut. Statistik ini merangkumi athar dari peringkat Assahabah (sahabat Nabi S.A.W.) sebanyak 40 hadis ataupun 30%. Selebihnya athar pada peringkat Attabi'in (pengikut selepas zaman sahabat dan ke atas) sebanyak 94 ataupun 70%. Kemudian penulis meletakkan beberapa indeks yang bersangkutan untuk tesis ini.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: 'Abd al-Razzaq ibn Hammam al-Himyari, 744-827--Musannaf fi al-hadith; Hadith; Interest (Islamic law); Sales (Islamic law)
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 10 Sep 2015 15:47
    Last Modified: 10 Sep 2015 16:00
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5888

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item